Wednesday, January 5, 2011

Alunan Asmara 7,8

7
“Hello, Halen’s Paradise. May I help you sir?”
“Oh, hello. Actually I want to speak to your boss, Miss Halen please.”
“Okay, hold on.”
“Hello, Halen’s speaking.”
“Hello, Miss Halen. I want you to do a favour for me.” Bryan sengaja membuatkan suaranya garau.
“Hoi, ingat aku tak kenal suara kau ke? Come onlah, Ian. Suara mamat poyo macam ko ni ada satu je kat dunia ni tau.” Halen ketawa.
“Alamak! Macamana kau boleh cam suara aku ni? Ko guna mandrem ar?”” Bryan sengaja mengenakan rakan lamanya itu.
“Banyak cantek muka kau.”
“Itulah keistimewaan aku ni tau, muka aku yang cantek ni lah yang membuatkan setiap dara tidak tidur lena setiap malam.”
“Pigilah kau. Aku tau lah ko tu player laku…”
“Okay…okay. Aku surrender. Boleh tolong tak?” Kali ini serius pula nada suaranya.
“Aik, serius semacam je ni. Apa aku boleh tolong kau?”
“Ak…aku…” Sengaja dia teragak-agak memberikan jawapan.
“Oit, gagap ke? Ha, aku tau. Ni mesti kau nak aku bagi bunga kat steady girlfriend kau tu kagi kan? Pleaselah Ian, kau cari orang lain.” Halen sengaja ingin menyakitkan hati Bryan.
“Alah kau ni, macam tau-tau je apa aku nak cakap. Tolonglah, lain kali aku belanja kau minum.” Bryan mula merayu. Hubungannya dengan Halen baik sejak di sekolah menengah lagi. Halenlah orang yang akan menjadi orang tengah kepada Bryan apabila dia mula meng‘usha’ budak perempuan di sekolah. Namun di sebalik sikap nakal Bryan itu, Halen tahu bahawa Bryan mempunyai hati yang suci kerana dia tahu akan sejarah percintaan pertama temannya itu.
“Minum je?” Halen mencerlungkan matanya.
“Syukurlah tu cik adik oi…dan jangan lupa satu perkara lagi, bakal girlfriend, bukan steady girlfriend.”
“Hek eleh, samala tu. Siapa nama dia?” Halen segera mencapai kertas di hadapannya dan menunggu jawapan dari Bryan.
“Nama dia Miky, dia kerja kat Hospital Umum Kuching, doktor. Aku nak kau hantar bunga ros biru macam biasa, no card please.” Lancar sekali jawapannya.
“Ros biru lagi. Awek kau yang hari tu pun ros biru gak. Kalau dia tanya nanti siapa yang bagi, apa budak aku nak jawab?”
“Katakan dari Mr. Pencinta Alam,” Bryan tersengih.
“Romantik konon, piraah…”
“Jiwanglah sikit. Nanti aku bayar harganya tapi ingat seratus dua puluh tiga kuntum tau.”
“Mana aku nak cari? Dulu pun banyak tu, sekarang pun banyak tu gak. Kau ni betul-betuk dah gilalah Ian.” Halen mula merungut. Ros biru mempunyai nilai yang tinggi kerana sukar ditanam dan dijaga, tidak seperti ros merah. Ros biru juga mempunyai makna yang mendalam.
“Bukan gila tapi crazy. Okay, aku ada kerja sekarang ni. Nanti aku jumpa kau, bayar harga bunga tu ye.”
“Okeylah Mr. Pencinta Alam. Bye,”
Bryan tersenyum kegembiraan. Hidupnya kini bagaikan diwarnai cahaya-cahaya pelangi- merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Setelah sekian lama dia menutup pintu hatinya, inilah kali pertama dia merasakan hatinya mula berdebar-debar lagi tatkala merenung sepasang mata redup milik Miky.
Lamunannya terhenti apabila dia terdengar namanya dipanggil berkali-kali.
“Oh, Betty. Apahal?”
“Kenapa dengan En. Bryan tadi? Ingatkan girlfriend ye…” Gadis itu tersenyum mesra mengusik majikannya yang sedari tadi dilihatnya mengelamun jauh sehingga tidak sedar namanya dipanggil itu.
“Orang macam saya ni manalah ada masa nak cari girlfriend. Apasal awak tiba-tiba je masuk cari saya ni?”
- Ishh…hampir je kantoi.
“Eh, tadi dia pesan suruh kita masuk, bila kita dah masuk dia tanya apasal pulak. Meracau ke ni ke En. Bryan ni dah kena sampuk?” Betty tertawa melihat wajah kalut Bryan itu.
- Ni takda kes lain ni kalau tak kes awek ni.
“Merepeklah awak ni. Oh ya, baru saya teringat. Tolong tetapkan appointment saya dengan En. Yusuf pada hari Jumaat ni dalam pukul sepuluh pagi macam tu, okey.” Dia segera memberi arahan kepada setiausahanya itu.
“Di mana En. Bryan?” Betty mula mencatatkan arahan majikannya itu ke dalam buku notanya yang tidak pernah lekang dari sisinya itu.
“Kat bilik mesyuarat ajelah sebab selepas itu saya ada lagi mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Jimat masa sikit.”
“Okey, bos. Ada apa-apa lagi, En. Bryan?”
“No, you can go now.” Bryan mula membuka e-melnya untuk memeriksa senarai pesanan yang diterimanya daripada pelanggan.
“Okey,” Lenggok Betty mengingatkannya kepada gadis yang telah mengetuk pintu hatinya.
- Miky…Apakah namanya perasaan ini? Inikah namanya cinta atau cuma perasaan aku sahaja kerana aku telah lama tidak mengalami sesuatu seperti ini?
Dia tersenyum.

Bryan melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan perlahan-lahan, dia tidak mahu mengejutkan papa dan mamanya yang mungkin sudah lama terlena sekaligus mengelakkan leteran. Jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam.
“Baru balik, Ian?”
Beg yang dipegangnya hampir-hampir terlepas dari pegangannya.
“Err…papa, mama…belum tidur lagi ke?” Dia mwnghadiahakan satu senyuman untuk menutup rasa terkejutnya.
“Duduk sini kejap.” En. Erick mengarahkan anaknya itu duduk di sebelahnya.
Bryan terpaksa akur. Dia terus mengambil tempat di sebelah papanya.
“Kenapa lewat?”
“Ian…Ian sebenarnya…” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, kedengaran pintu utama dibuka perlahan-lahan lagi.
“Hah, itu lagi sorang! Duduk sini.” En. Erick terus mengarahkannya duduk di hadapannya pula.
Bryan tersenyum ke arah adiknya.
“Apalah nak jadi dengan korang berdua ni?” En. Erick memulakan bicaranya.
“Papa, Ian cuma pergi makan dengan Mick je tadi.” Bryan cuba memberikan alasannya dengan bersungguh-sungguh.
“Makan apa sampai lewat malam macam ni? Kamu pulak dari mana?” Matanya terarah pula kepada anak bongsunya itu.
“Ed…Ed lepak dengan kawan-kawan kat rumah Jim.” Edrian kelihatan kalut seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu.
“Apalah nak jadi dengan korang dua beradik ni? Dah besar panjang tapi masih nak buat perangai.” En. Erick memulakan bebelannya. Bryan berpandangan dengan Edrian sambil menunjukkan muka bosan.
“Sudahlah awak tu. Hari dah lewat malam ni, biar mereka masuk tidur. Esok kena kerja lagi. Awak tu pun kena masuk tidur. Dah, dah pergi masuk tidur kamu dua.” Bryan dan Edrian terus berlari naik ke bilik mereka kelegaan kerana diselamatkan dari ceramah percuma yang mungkin akan berlanjutan selama dua jam itu. Mereka masak sangat dengan perangai papa mereka yang lebih kuat berleter berbanding dengan mama mereka itu.
En. Erick menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah kedua-dua anaknya itu. Puan Mariana tersenyum melihat ketegasan suaminya terhadap anak-anaknya.
“Apasal awak tiba-tiba senyum ni? Sakit ke?”
“Manada orang sakit tersenyum plak. Saya cuma terfikirlah, mereka berdua dah besar panjang, dah ada kerja masing-masing pun, tapi awak masih mengongkong mereka.” Puan Mariana menurut lembut bahu suaminya.
“Untuk kebaikan mereka jugakan? Dahlah, jom kita masuk tidur.” En. Erick bangun dan mula berjalan menuju ke tangga.
“Itulah awak. Kalau saya cakap sikit, awak alih topik pulak.” Puan Mariana menuruti langkah suaminya.
“Rick, anak-anak awak tu dah boleh jadi bapa orang pun tau. Janganlah awak risaukan sangat mereka tu,” Puan Mariana hairan apabila percakapannya tidak mendapat respon.
“Orang tua ni, orang cakap dengan dia, dia boleh buat dek aje. Tidur lagi tu.” Puan Mariana menggelengkan kepalanya yang masih diliputi rambut yang hitam berkilat walaupun usianya sudah mencecah empat puluh tahun. Dia masih kelihatan muda.

“Hi, Mick. Dah lama tunggu ke?” Bryan menepuk belakang Mick dengan lembut.
“Tak guna punya sepupu. Itu je kau tanya? Ni, aku pulak nak tanya kau ni, kau janji tadi pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? Jam kau tu dah mati ke?” Mick terus memasamkan muka untuk menunjukkan protesnya. Tangannya sengaja disilangkan.
“Yelah, Ian. Dah lama kami tunggu kau tau. Kalau lambat pun, call la bagitau. Kenapa lambat ni?” Elis turut menghamburkan perasaan tidak puas hatinya.
“Korang berdua ni memang ngamlah, asyik tanya kenapa je. Apasal korang tak puas hati ni? Aku kan janji pukul lapan tadi, sekarang baru pukul tujuh setengah.” Dijelingnya jam Rolex keemasan di pergelangan tangannya itu.
“Tujuh setengah kepala hotak kau. Tengok jam aku ni betul-betul.” Mick menghalakan jamnya ke arah mata Bryan.
Bryan menjeling jam itu sambil memeriksa jamnya.
“Alamak! Jam aku matilah.” Bryan menepuk kasar dahinya. Dia tidak perasan bahawa jamnya tidak bergerak sejak petang tadi.
“Kenapa tak gali lubang?” Mick mencebik.
“Gali lubang buat apa?” Bryan mengetuk-ngetuk jamnya.
“Bahlol! Dah kau kata jam kau mati, gali lubang, masuk dalam dan tutuplah.”
“Suka hati je kau cakap macam tu ye. Buat pengetahuan korang berdua, jam aku ni lagi mahal dari minuman yang korang minum tu sepuluh kali ganda tau.” Bryan menunjukkan jarinya kepada Mick dan Elis.
“Manala tau kau beli kat India Street ke apa ke? Lelong ke?” Elis pula menambah.
“Pleaselah. Tak main tau beli-beli kat India Street ni. Err…Lis, tolong pesan air untuk aku.” Bryan tersengih.
“Banyak cantik kau punya muka.” Namun begitu, Elis tetap menuruti permintaan Bryan itu.
“Nah. Oh ya, apasal kau tiba-tiba je nak belanja kami ni? Mesti ada udang di sebalik mi ni?” Mick dan Elis terus memandang wajah selamba Bryan yang masih menghirup minumannya dengan perlahan itu.
“Biasalah tapi udang aku kali ni ada di sebalik buburlah. Susah sikit nak korek keluar.” Bryan masih teragak-agak untuk menerangkan maksud pertemuan mereka itu. Dia takut mereka akan menolak permintaannya.
“Come onlah Ian. Macam aku tak kenal kau. Dari kecik sampai besar, dari kau muka tembam sampai dah hensem sekarang ni, aku boleh agaklah apa problem kau tu.” Mick terus menolak bahu Bryan. Elis mengerutkan dahinya.
“Girlfriend ke?” Giliran Elis pula meneka isi hati Bryan.
“Err,…lebih kurang macam tu lah.” Bryan tersengih.
- Macamlah aku ni player sangat sampai boleh agak apa aku nak cakap.
“Kali ni siapa pulak bakal mangsa kau?” Mick menjeling ke arah Bryan sambil tangannya masih sibuk menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
“Tak baik tau cakap aku macam tu. Orang tu…” Bryan mengalihkan pandangannya ke arah muka pintu restoran Sajian Selera itu untuk menutup resah di hatinya.
“Siapa?!” Elis terus menyergah.
“Miky,” Setelah menyedari dia sudah tersasul, terus dihirupnya lagi minumannya dengan pantas.
Mick tersedak. Dia terus mencapai minumannya. Elis pula terlopong.
“Miky? Kau ni jangan main-main Ian. Dia tu kakak angkat aku tau.” Mick masih tidak percaya apa yang telah didengarinya tadi.
“Sebab itulah aku nak minta tolong korang berdua ni. Please,” Bryan terus merayu perhatian mereka.
“Jangan nak berangan. Dia kan dah ada tunang? Kau nak mati? Bukannya kau tak kenal pun tunang dia tu, member kau sendiri juga kan?” Mick menggelengkan kepalanya berkali-kali. Seketika dia terimbas kembali peristiwa yang telah disaksikannya beberapa bulan yang lepas. Berkali-kali dicubanya menghalau ingatannya itu tetapi tidak berhasil.
“Tunang je pun, bukannya suami pun. Pasal aku kenal sangat dengan Nicky lah aku buat macam ni. Boleh tak?” Dia masih teringat akan perbalahan yang pernah terjadi di antara mereka semasa masih berada di New Zealand.
Hampir setahun mereka tidak bertegur sapa. Semuanya bermula dengan sikap Nicky yang suka melepak di kelab malam hampir setiap hari terutamanya setelah mengenali Elyna. Saban malam Nicky akan pulang dalam keadaan mabuk dan sebagai kawan, dialah yang akan menguruskan Nicky yang sudah tidak sedar itu. Pada suatu hari, dia merasa sudah tidak boleh berdiam diri lagi dan dia bertekad untuk menegur sikap kawannya itu. Nicky tersalah tafsir akan niat baik Bryan itu dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sewa mereka itu. Sungguhpun masih tidak puas hati dengan tindakan Nicky itu, Bryan sanggup berbaik dengannya apabila tidak lama selepas itu Nicky ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan ke kuliah. Pada saat itu, tiada sesiapa yang dapat diharapkannya lagi. Pada saat itulah, Bryan muncul membawa hati yang ikhlas untuk membantu insan yang telah sama-sama mengharungi suka dan duka bersamanya sejak mereka masih berada di bangku sekolah lagi. Segala perasaan tidak puas hati dan marah diketepikannya demi seorang teman. Tiada ungkapan yang mampu diungkap ketika itu.
“Mana pergi girlfriend kau yang lain? Kalau orang lain bolehlah, kalau Miky susah sikit. Aku tak suka dia dipermainkan.” Mick masih mempertahankan pendiriannya. Elis terangguk-angguk.
“Aku setuju sangat dengan Mick. Bukannya aku tak kenal si romeo macam kau ni, banyak dah aku tengok.”
“Romeo konon, jadi si Mick ni tak romeo ke?” Bryan mencebik.
“Tolong sikit. Aku lain, kau lain okey.” Mick memandang ke arah Elis untuk mendapatkan sokongannya. Elis tergelak.
“So, korang nak tolong aku ke tak ni? Tolonglah Mick, Lis…Aku rasa aku betul-betul dah angau ni.” Bryan terus mencuba nasibnya.
“Nanti mana kau nak letak minah-minah kau tu?”
“Janganlah main-main. Aku betul-betul serius ni.” Bryan memasamkan mukanya.
Mick berpandangan dengan Elis. Lama, seolah-olah mereka berbicara dalam kesunyian. Sedikit sebanyak mereka telah tersentuh dengan keikhlasan Bryan itu ditambah lagi dengan peristiwa yang telah mereka saksikan yang lalu. Peristiwa itu telah menggugat kepercayaan mereka terhadap Nicky. Akhirnya, mereka sama-sama mengangguk. Bryan terus memerhatikan gelagat mereka dengan penuh pengharapan.
“Janji kau tak main-mainkan perasaan Miky sudahlah.” Mick akhirnya bersuara memecah kesunyian yang tercipta tadi.
“Aku sumpah. Kalau tak. Korang boleh potong jari aku ni.” Bryan tersenyum girang sambil menayangkan jari kelingkingnya kepada mereka berdua.
“Bak sini,” Mick terus menarik jari Bryan.
“Takkan kau betul-betul kot? Memandangkan korang dah setuju, aku ingat…”
“Eh…boleh sesangat. Thank you. Bila?”
“Aik,…belum habis aku cakap lagi kau dah tahu. Kau ni kalau pasal makan, bukan main lagi. Tak kenyang lagi ke? Kalau tak salah aku, dah licin satu pinggan kau vakum tadi.”
“Tu tadi, sekarang aku nak yang lain lagi.” Mick terus memanggil pelayan.
“Hah, macamana kau nak kami tolong kau ni?” Elis menjadi teruja mengingatkan rancangan mereka tadi.
“Aku…”
8
“Hai, Tena.” Didix terus duduk di hadapan Tena yang baru sampai.
“Hi. Apasal muka you monyok semacam je pagi-pagi ni? Ni mesti ada probs ni?” Tena terus mengeluarkan buku-buku dari dalam begnya dan memasukkannya ke dalam laci meja.
“Sebenarnya…”
“Hi, Tena.” Lindsay menyapa Tena dari belakang.
“Oh, hi Cy. Aku ada sesuatu nak bagitau sama kau nanti, tunggu kejap ye.” Tena menatap kembali wajah Didix yang sudah kelihatan sedikit terganggu kerana dia tidak sempat menyampaikan maksud kedatangannya itu tadi.
“Apa citer?” Lindsay mengambil tempat di sebelah Tena.
Didix terus mencerlung ken arah Lindsay untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Lindsay senyum menyindir, dia faham akan maksud renungan Didix itu.
“Nantilah kau citer kat aku. Kacau daun pulak nanti, si ulat ni dah meleleh air liurnya nunggu daun yang segar lagi hijau tu. Aku chow dulu,” Lindsay terus berjalan menuju ke arah Tini yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.
Tena tergelak mendengar sindiran yang ditujukan khas buat jejaka itu.
“Tak pe kau Cy, aku bagitau sama pakwe kau nanti, baru kau tau.” Didix mengugut Lindsay. Lindsay menjelirkan lidahnya sambil ketawa.
“Oh ye, apa you nak cakap tadi?” Tena kembali menyambung perbualan mereka yang terganggu tadi.
“Aku…aku nak…”
“Aku nak apa?” Tena menyergah Didix yang masih teragak-agak itu.
“Aku nak pinjam kerja mate tambahan yang cikgu bagi semalam tu.”
“O…kau nak tiru ar? Aku kasi tau sama cikgu nanti baru tau.”
“Aku nak bandingkan dengan kau punya lah, bukan tiru pun. Boleh tak?”
“Bandinglah tu. Tak habis-habis nak meniru, dah masuk tingkatan enam pun masih tak serik-serik.” Tena mula berleter.
“Mana ada aku kata nak tiru? Aku kata nak banding je kan tadi? Kalau kau nak tiru pun, aku tak tiru kau punya, aku pinjam kat orang lain. Pleaselah.”
“Pandailah tu kau kelentong aku. Nah.” Tena menghulurkan buku yang dimaksudkan oleh jejaka itu.
“Ni ikhlas ke tak? Aku tak main benda-benda yang tak ikhlas ni tau.” Didix tersengih.
“Kau nak ke tak ni? Tak nak tak payah la.”Tena berpura-pura memasukkan buku itu kembali ke dalam begnya.
“Nak.” Didix segera mengambil buku itu dari tangan Tena.
“Thanks. Sebab itulah aku sentiasa suka dan sayang sesangat kat kau ni tau.”
Tena mencebik.
“Hai, mama.” Tena terus duduk berhadapan dengan Puan Diana yang masih menghidangkan nasi ke pinggan suaminya.
“Tena, makanlah.”
En. Charles menjeling tajam ke arah Tena.
“Ingatkan dah kenyang bergayut dengan kekasih hati tu tadi sampai tak lalu nak makan lagi.”
“Ish…awak ni. Biarkanlah budak tu.” Puan Diana cuba menjernihkan suasana.
“Mama, Tena naik atas dulu. Tena belum lapar lagi.” Tena terus berlari naik ke atas biliknya.
Sebaik sahaja dia masuk, dia terus mengunci pintu biliknya dari dalam. Dihempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk yang seakan-akan menelan tubuh kecilnya itu. Matanya tiba-tiba terarah kepada sekeping foto.
- Alangkah baiknya jika opah masih hidup.
Mutiara jernih perlahan-lahan menggelongsor menuruni pipi mulusnya.

“Kenapa ni? Mari sini sayang.” Opah membelai rambutnya dengan penuh kasih sayang.
“Siapa yang buat cucu opah nangis ni? Cakap kat opah, nanti opah marah dia.”
“Papa jahat. Papa pukul Tena tadi, opah.” Rengekannya semakin panjang seolah-olah menagih simpati.
“Ish…tak bsik cakap macam tu kat papa, sayang.” Ubun anak kecil itu diciumnya.
“Tapi…”
“Tak baik kalau seorang anakmengeluarkan kata-kata tak baik kat ibu bapa mereka tau, itu menderhaka namanya. Tena mesti ingat cakap opah ni, ye sayang.”
Anak kecil itu mengangguk seolah-olah dia memahami setiap patah kata yang keluar dari mulut opahnya.
“Tena janji dengan opah. Tena sayang sangat kat opah.” Dipeluknya erat-erat tubuh tua itu.
“Oh ya, apa Tena buat sampai papa pukul Tena tadi?”
“Tee…Tena tumbuk Miky tadi, kemudian Tena tarik rambut aje tadi opah.”
“Budak ni…kenapa Tena buat macam tu? Kasihan kat Miky.”
“Miky jahat. Tadi Tena Nampak dia ambik kasut Tena. Tena marah dan tumbuklah.”
“Mana Tena tau yang itu kasut Tena?” Opah tahu yang Tena selalu bertindak terburu-buru terutamanya ketika bergaduh dengan kakaknya itu. Puncanya, Puan Diana selalu membelikan barang-barang terutamanya pakaian yang serupa untuk anak-anaknya. Setiap barang yang dimiliki oleh si kakak akan turut dimiliki oleh si adik. Selalunya si adiklah yang akan meminta dibelikan.
“Alamak…!Tena…” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, dia terus berlari ke arah taman di luar rumah.
“Opah, dah jumpa.” Tena menjerit kegirangan sambil melompat kesukaan.
“Ha, kat mana Tena letak tadi?”
“Kat bawah pokok bunga depan tu.”
Opah hanya mampu menggelengkan kepalanya memikirkan perangai cucunya yang seorang itu.

Tiba-tiba lamunannya terhenti dek ketukan lembut yang singgah di pintu biliknya. Dia kembali ke alam nyata. Dikesatkan air matanya.
“Tena, mama ni. Buka pintu sayang.”
Tena mencapai tombol pintu dan membukanya dengan lemah.
“Kenapa ni sayang?” Tena nangis ke?” Puan Diana terus duduk di sebelah Tena dan mengusap lembut rambut anak gadisnya itu.
Tena hanya membatukan diri. Tangannya sibuk menggolekkan bola tenis di hadapannya. Hanya kedengaran bunyi rintik-rintik hujan jatuh menimpa bumbung rumah sahaja.
“Tena…Tena sakit ke?” Puan Diana mendemah dahi dan lehernya. Tena terus-terusan membatukan diri.
“Janganlah macam ni, sayang.”
Suasana hening menyelubungi kamar luas itu. Terasa suasana sepi itu amat menggamit perasaan.
Setelah lama masa berlalu sepi, Tena mula bersuara.
“Mama, kenapa papa benci sangat kat Tena?” Hanya itu sahaja ayat yang mampu keluar dari mulutnya. Lidahnya terasa kelu untuk berkata-kata.
“Eh, siapa pula yang kata papa benci Tena ni? Papa dan mama hanya ada dua orang puteri saje dan buat apa pulak papa dan mama nak bencikan mana-mana puteri kami. Tak masuk dek akal betulkan? Tena, dengar sini sayang, your papa loves both of you like how I myself love you. It’s just that, he doesn’t know how to show his love to you.” Puan Diana cuba menerangkan perkara yang sebenarnya kepada puteri kesayangannya itu.
“Tapi kenapa papa selalu marahkan Tena dan tidak Miky? Apa-apa hal semua Tena yang jahat dan Miky selalu je baik. Tena tahulah yang Tena tak sepandai Miky kat sekolah tapi Tena dah cuba sedaya upaya. Tena betul-betul tak berguna ke?”
“Ish…tak baik cakap macam tu. Mana ada papa macam tu. Sebagaimana papa sayangkan Miky, macam tu lah dia sayangkan Tena.”
“Mungkin Tena tak sebaik Miky, kan mama? Tena anak yang jahat, Tena bodoh. Miky anak yang sempurna segala-galanya.” Mutiara jernih terus membasahi pipinya.

Setitik mutiara jernih menuruni pipi tuanya. Kata-kata si anak meresap ke dalam jiwanya. Dia tidak sanggup mendengar luahan hati si anak lagi. Dia terus melangkah laju masuk ke dalam kamarnya. Dia tidak upaya, dia terpaksa.
Puan Diana terpandang bayang-bayang orang berlalu pergi setelah lama berdiri di sebalik pintu yang tidak ditutup rapat itu. Dia tahu siapa.


“Tena…Tena percayalah kata-kata mama ni. Baik mama mahupun papa tak pernah membeza-bezakan kasih sayang kami samada kepada Miky atau Tena.”
“Mama hanya nak sedapkan hati Tena aje kan?”
“Percayalah cakap mama ni sayang. Mungkin Tena lihat kami tegas dengan Tena berbanding Miky tapi kami buat begitu kerana Tena masih belajar. Miky pula dah ada kerjaya sendiri, dah berjaya. Kami nak Tena juga berjaya. Miky pun kami didik sebegitu.”
“Mama, kenapa Tena tak secerdik Miky? Tena rasa papa tak suka Tena sebab Tena tak pandai macam Miky.” Dia masih tidak dapat mempercayai apa yang didengarinya.
“Tena, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, mulai dari hari ini, Tena mesti berusaha bersungguh-sungguh. Tunjukkan prestasi yang baik. Pada masa itu nanti, papa akan berasa bangga kerana kedua-dua puterinya sudah menjadi orang yang berguna.” Panjang lebar akan kata-kata semangat yang diharapkannya dapat meresap masuk ke dalam hati anaknya itu. Sekeras-keras hatinya, pasti kan cair juga jika kena dengan caranya.
Lama Tena terdiam memikirkan kata-kata mamanya itu.
“Betulkan apa yang mama cakap ni?” Tena memandang sayu ke dalam anak mata mamanya mencari satu kepastian.
“Mama tidak pernah sekali-kali membohongi puteri kesayangan mama ni.” Dielusnya lagi rambut ikal puterinya itu.
Mata Tena bergenangan air mata. Setitik demi setitik turun lagi buat kesekian kalinya. Dia terus memeluk erat tubuh mamanya untuk melepaskan segala rasa yang sekian lama terpendam di dalam lubuk hatinya.
“Tena sayang mama dan papa. Tena tak benci kat papa.” Dia menangis teresak-esak di bahu mamanya. Segala rasa yang terpendam terasa seperti lenyap bersama air matanya. Lagaknya seperti anak kecil yang baru selesai menangis kerana berebutkan barang mainan sahaja. Jauh di dalam sudut hatinya, dia memohon keampunan terutamanya dari papanya.

No comments:

Post a Comment