Friday, November 26, 2010

Alunan Asmara 5,6

5
“Tella, mana Christi? Dah pukul berapa ni, dia tak datang ke?” Edrian berjalan mundar-mandir sambil pandangannya meliar ke arah sekumpulan anak muda yang sedang hanyut dibuai khayalan. Seketika dia menyesali sikap ingin mencuba yang tidak bertempat oleh anak-anak muda zaman sekarang. Dia juga terkenangkan sikap lepas tangan para ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerjaya mereka sehingga terlupa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka di rumah.
“Manakah aku tau! Come onlah Ed. Dia akan sampai, aku tau sangatlah perangai Christi tu. Kau dengar tak ni?” Estella beralih sedikit untuk memberikan ruang kepada Edrian yang masih keresahan itu. Punggung mereka terus tenggelam di atas sofa yang lembut itu. Tella segera menghulurkan segelas bir kepada Edrian. Dia menggeleng dan memesan segelas coke buat dirinya.
“Hoi, kawan. Takkan you dah kemaruk sangat dengan budak tu kot? Pakata you try ni, release tensen kat kepala you tu,” Simon menghulurkan sebiji pil merah jambu kepadanya.
“Aku tak mainlah benda macam tu Sim. Naya aku kalau kena cekup.” Edrian menolak tangan Simon yang masih tergenggam pil merah jambu itu. Dia tetap teguh dengan pendiriannya. Benda-benda haram seperti itu tidak akan sesekali masuk mahupun singgah ke dalalm tubuhnya. Dia percaya bahawa, sekali dia terjebak, masa depannya akan musnah. Hanya ada satu tujuannya sekarang; cari Christi.
Dari jauh kelihatan seorang gadis; berpakaian singkat dan ketat, cukup untuk menampakkan dada dan pahanya, berjalan terhuyung-hayang ke arah mereka.
“Hai, guys. Oh hai, Ed. You dah lama tunggu I ke?” Dia mengambil tempat di sebelah Edrian lalu memeluk erat lengan jejaka itu. Dia merasa selesa apabila berada di samping jejaka itu kerana jejaka itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya walaupun peluang sentiasa terbuka di hadapannya.
“You amik benda tu lagi ke, Chris? I dah bagi you amaran kan?” Edrian tidak menyenangi perbuatan Christi itu.
“Oh, come onlah darling. Sesekali aje. I tengah nak release tension ni.” Sengaja dilentokkan kepalanya ke atas bahu jejaka itu. Dia kemudiannya mencapai segelas bir di atas meja dan meneguknya perlahan.
Tidak lama selepas itu, mereka semua terus menghilang di khalayak anak-anak muda yang sedang asyik dibuai khayalan sambil menari mengikut rentak muzik rancak yang dimainkan DJ tanpa menghiraukan sesiapa itu.

Matanya terasa kabur semacam dan kepalanya dirasakan berat sekali. Sesekali digosokkan matanya sambil memerhatikan keadaan di sekelilingnya.
- Bagaimana aku boleh ada kat sini pulak? Siapa yang hantar aku ni?
Dia menggumam sendirian.
Setelah dapat menyeimbangkan badannya, dia terus melangkah ke dapur. Dicapainya sebiji gelas dan terus dituangkannya air mineral penuh ke dalamnya. Terasa segar sekali tubuhnya. Tiba-tiba dia terpandang sehelai nota di atas meja. Segera dicapai dan dibacanya.
Chris, I ada hal. I akan balik selepas tiga hari. Take care and don’t take those pills again, ok.
Love you,
Edrian.
Dihempaskannya tubuhnya yang lansing itu di atas sofa empuk.
- Bosannya. Oh ya, aku kena kerjalah pulak. Biarlah, pukul lapan nanti baru aku jalan.
Dia bermonolog di dalam hatinya.
Diaturkannya rancangannya secara perlahan seolah-olah dia sedang berbisik dengan seorang pendengar setianya.

Christi bekerja sebagai seorang waitress di sebuah hotel terkemuka- Holiday Inn. Dia mula bekerja di situ direkomenkan oleh seorang rakan. Tamat sahaja tingkatan lima, dia terus diterima bekerja di situ sehingga sekarang. Berkat kegigihannya, dia kini mampu memiliki sebuah apartmen dan sebuah kereta. Namun di sebalik segala yang dimilikinya sekarang, dia juga mempunyai satu tabiat buruk. Setiap malam selepas habis kerja, dia akan mengunjungi kelab-kelab malam. Sejak akhir-akhir ini, dia sudah mula mengambil pil khayal. Dia terus hanyut dalam segala khayalan yang dialaminya, seterusnya melenyapkan segala masa silamnya.
“Syukur, dah sampai pun kau. Si merak tu dah melenting cari kau dari tadi lagi. Puas aku cari alasan, dia dah naik jenuh pun dengarnya.”
“Kau dah naik becok macam dial ah, aku tengok. Yelah, yelah, aku dah ready ni.” Christi segera mengenakan uniformnya sementara Alia masih sibuk membetulkan kedudukan hidangan yang telah dipesan oleh pelanggan. Tiba-tiba, mereka disergah dari belakang.
“Matahari dah tinggi baru nampak muka. Ingatkan dah tak ingat nak datang kerja lagi.”
Christi masih sibuk membetulkan rambutnya. Rambutnya yang dipotong pendek itu diklipkan supaya nampak kemas, tanpa mempedulikan kehadiran wanita itu.
Setelah memastikan penampilannya kemas, dia segera keluar dan mengambil pesanan.
“Ingat ni restoran bapak dia yang punya ke? Suka-suka nak datang dan pergi. Mentang-mentanglah bos sayang kat dia. Meluat aku tengok.” Sharona terus merungut. Tugasnya sebagai ketua pelayan di situ lansung tidak dipandang oleh Christi.
“Kalau nak kutuk pun terus-teranglah. Berdosa tau mengutuk di belakang orang, nanti tak cium bau syurga.” Dengan selamba Christi mengeluarkan sindiran yang pedas itu.
“Hoi! Jangan nak ajar aku. Sedarlah diri awak tu!” Terasa panas muka Sharona mendengar kata-kata Christi itu.
“Baru pangkat besar ni, dah tunjuk lagak. Piraah…” Christi menunjukkan jari kelingkingnya.
Sharona menghentakkan kakinya dan terus melangkah maju masuk ke dalam pejabatnya. Christi tersenyum kemenangan. Alia yang baru masuk turut tersenyum melihat reaksi Sharona itu. Seketika mereka ketawa.


6
“Damn it!” Nicky menghentak fail yang dipegangnya ke atas meja. Dia terus menghempaskan tubuhnya ke atas kerusi kemudiannya. Fikirannya bercelaru. Hatinya resah.
Segala perjanjian di antara syarikatnya dengan Megah Holdings menemui jalan buntu. Dia tidak dapat meyakinkan pengurus syarikat itu untuk melabur ke dalam syarikatnya kerana mereka menyatakan bahawa Permata Holdings tidak dapat memberi jaminan pulangan yang diyakini sepenuhnya.
Niatnya untuk melelapkan mata seketika terbantut apabila deringan telefonnya mengejutkannya.
“Apa dia, Lis?” Dikeraskan sedikit suaranya untuk menunjukkan kepada setiausahanya itu bahawa dia tidak mahu diganggu ketika itu.
“Err…I’m sorry to interrupt you boss but you have a phone call from Miss Miky on line three.
“Thank you,” Ditekannya butang tiga.
“Hello, Miky. Apasal you tiba-tiba call I ni?”
“Bunyinya macam tak senang je. You ada problem ke?” Suara Miky jelas kedengaran sedikit bimbang.
“Kalau I beritahu problem I pun, you takkan faham. A doctor can’t learn how to do business,”
“Siapa kata? Anything can happen in this era you know; even man can go to the space so what is big deal?”
“Okaylah. Malas I nak bertekak dengan doktor ni. Straight to the point okay?”
“So, the story goes like this, tonight there will be a reunion party for all the ex-USM students. I’m thinking of asking you to accompany me to the party, what do you say?”
“Tengoklah. Kalau I free I confirm dengan you nanti. Okay, got to go. Bye, sayang.” Nicky terus meletakkan gagang telefon tanpa menunggu sebarang jawapan dari Miky.
Fikirannya terus melayang. Kalau diikutkan, sehingga hari ini, sudah genap tiga tahun dia menguruskan Permata Holdings. Sekembalinya dari New Zealand, papanya terus menyerahkan sebahagian besar dari syer syarikat kepadanya menjadikannya sebagai Pengurus Eksekutif di Permata Holdings.
Saban hari fikirannya dibebani dengan masalah-masalah syarikat. Kadang-kadang dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam dan pejabatnya sudah menjadi rumah kedua buatnya.
Di kala dikau mencari cinta, aku member…
Nicky terkejut.
“Oh,…terlelap pulak aku ni.” Dia segera mencapai telefon bimbitnya.
“Hello,” Lemah sekali suaranya.
“Hello, Nic. What’s up? You sakit ke ni sayang?” Kedengaran suara manja yang penuh menggoda menyapanya di hujung talian.
“Nothing. So, what do you want from me this time?” Terasa malas Nicky melayan karenah gadis itu setelah pertemuan yang lepas.
“You sound weird. Are you okay darling?”
“Just being tension with all the works in this office. Feels like I’m going crazy.” Luahnya.
Jawapannya itu mengundang tawa yang lembut dari si gadis.
“Takkanlah benda sekecil itu dah nak gabra. I dengar you ada problem dengan Megah Holdings, am I right?”
“News spread fast, I see.” Nicky masih tertanya-tanya bagaimana berita seperti itu boleh tersebar luas sedangkan dia sendiri mengarahkan kepada semua kakitangan syarikat supaya merahsiakan segala rahsia syarikat daripada pengetahuan orang luar.
“Just for your information, we are involving in business world so just be prepared for anything big.”
Dalam diam Nicky mengakui kebenaran kata-kata gadis itu.
“Okay, cut the crap. I ingat nak ajak you pergi disko malam ni, to release your tension.”
Fikiran Nicky ligat memikirkan rancangannya untuk malam itu. Terasa berat untuk menemani Miky ke majlis itu kerana dia tidak mengenali rakan-rakan Miky dan pastinya itu akan mengundang rasa bosan.
“Nic…Nic, are you still there?”
“Opps…mengelamun pulak. Sorry,”
“Kenapa? You dah ada plan dengan girlfriend you tu ke?” Nada suara gadis itu jelas berubah.
“Malam ni? Okeylah, I pergi jemput you kat rumah.”
“Mcam tu lah Nic yang I kenal. Okay, bye sayang. See you tonight.”
“Okay, bye.”
Nicky terus mencapai telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas buat Miky.
Sorry, can’t go with you tonight.
Something urgent comes out.
Maybe another time.
Fikirannya melayang lagi, mengimbas kembali saat-saat pertemuan pertamanya dengan gadis manja dan menggoda itu.

Jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Nicky tergesa-gesa mengemas bukunya. Dia terus berlari menuju ke arah motosikalnya.
- Alamak! Macamana aku boleh tidur mati pulak ni?
Dipecutkannya motosikalnya supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju.
Setelah menyusun motosikalnya di tempat yang sepatutnya, dia terus berlari menuju kea rah dewan kuliah. Tiba-tiba, di selekoh dewan itu…
“Aduh! I’m so sorry.” Segera dikutip dan diberikannya buku-buku yang bertaburan di atas lantai itu kepada insan malang yang dilanggarnya itu.
Setelah itu, dia terus berlari semula masuk ke dalam dewan kuliah. Nasibnya baik kerana kuliah baru sahaja bermula. Dia terus mengambil tempat di sebelah Bryan.
“Apasal kau tak kejutkan aku? Cilabeng betul punya kawan.” Disikunya temannya yang masih tersengih-sengih melihat gelagatnya yang kelam-kabut itu. Nicky tergesa-gesa membuka bukunya.
“Dah kau tidur mati, apa aku nak buat? Eh, kau nak tau tak?” Bryan berbisik ke telinga Nicky supaya pensyarah tidak mendengar perbualan mereka kerana mereka akan dihalau jika didapati berbual di dalam kuliah. Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Matthew Marcos, pensyarah falsafah, yang terkenal dengan sikapnya yang tegas itu. Senior pernah menceritakan bagaimana seorang pelajar dihalau dan diharamkan masuk ke dalam kelasnya gara-gara dia ditangkap mendengar mp3 semasa kuliah.
“Apa dia?” Nicky masih sibuk menyalin poin-poin penting yang sedang disebut oleh Dr. Matthew.
“Hari ni ada sorang awek masuklah. Budak baru, kalau tak salah pelajar pertukaran dari Malaysia.”
“Peduli apa aku,” Nicky menyambung semula kerjanya menyalin nota yang tidak sempat disalinnya tadi dari buku nota Bryan.
“Tu…tu…tu, Nic.” Bryan menyiku lengan Nicky.
“Apa dia?” Nicky menjeling ke arah yang ditunjukkan oleh Bryan itu.
“Awek baru yang aku katakan tu lah,”
Gadis yang baru masuk itu tadi terus berjumpa dengan Dr. Matthew yang sibuk menerangkan beberapa fakta penting kepada para pelajarnya. Mereka terus berbicara sebelum gadis itu memperkenalkan dirinya.
“Okay, ladies and gentlemen. You have a new friend, an exchange student from Malaysia here. Please, introduce yourself.”
“Hello…”

“Hello, my name is Bryan. This is Nicky. Orang Malaysia kan?” Bryan terus menghulurkan tangannya dan disambut oleh gadis itu.
“Yup. Hei, awak yang terlanggar saya pagi tadi kan?” Pandangan mata gadis itu menarik perhatian Nicky.
“Oh ya, sorry sesangat ye. Saya nak cepat tadi.” Huluran tangannya bersambut.
Semenjak dari hari itu, hubungan di antara Nicky dengan Elyna semakin intim. Ke mana sahaja mereka pergi pasti berdua. Hubungan mereka terus berlanjutan sehingga mereka tamat pengajian.
Sekembalinya mereka ke Malaysia, mereka terus berhubung tetapi entah kenapa apabila jarak mereka semakin jauh, hati masing-masing pun mula berubah. Pada suatu hari, Elyna menyatakan hasratnya untuk berpisah dengan alasan dia sudah menemui seorang lelaki yang lebih sempurna dari Nicky.
Pada masa itu, Nicky menjadi sasau dan hampir gila tetapi takdir telah menemukannya dengan Miky.
Entah kenapa pula, kemunculan Elyna secara tiba-tiba beberapa hari yang lepas dan telah mengatur pertemuan secara peribadi dengan Nicky mengundang rasa rindu di hati Nicky. Nicky dapat merasakan selepas pertemuan pertama itu, akan ada lagi pertemuan demi pertemuan yang seterusnya apatah lagi sejak Elyna ditukarkan ke Megah Holdings.

“Hai, Lyna. Dah lama you tunggu I?” Elyna mengambil tempat di sebelah Nicky.
“Kira-kira setengah jam dah. Kenapa lambat?” Dipusingkan badannya menghadap Nicky.
“I lambat balik dari ofis tadi. Dah tu, jam masa balik. Sorry, okey.” Satu senyuman nipis dihadiahkan kepada gadis itu.
“Tak pelah. Jom kita pergi,” Nicky terus memandu menuju ke kelab malam di tengah kota.

“Tambah lagi,” Nicky menghulurkan gelasnya kepada pelayan yang masih sibuk memerhatikan gelagat sekumpulan remaja yang sedang menari mengikut rentak lagu yang rancak.
“What’s wrong with you tonight baby? Masuk yang ni, dah lebih sepuluh gelas you minum. You ada problem ke?” Elyna merapatkan tubuhnya kepada Nicky.
Hidung Nicky kembang kempis menghidu haruman tubuh Elyna. Matanya kemudiannya terarah ke dada Elyna yang terdedah luas. Terasa sesak nafas Nicky menahan godaan perasaan.
Elyna tersenyum. Dia tahu bahawa Nicky sedang memerhatikannya. Sengaja dipeluknya pinggang Nicky.
“Honey, come onlah. Tell me,” Tangan Elyna mula merayap di atas bahu Nicky.
Nicky cuba menahan getar di hatinya dengan meneguk bir di hadapannya, minuman yang bisa membuatkan semua insan hilang pertimbangan dan seterusnya harga diri. Diteguknya minuman itu, segelas demi segelas, cuba melupakan semua masalahnya.
Setelah mendapati Nicky sudah benar-benar mabuk, Elyna terus memapah Nicky balik; balik ke apartmennya.

Thursday, November 11, 2010

coklat..........

Kehidupan ini ibarat sekotak coklat pelbagai perisa
Mint,hazelnut,black forest,wine,brandy...
Dalam kemanisannya,terasa kepahitannya...
Dalam kelembutannya,terasa kekerasannya...
Enaknya...
Tatkala ia masuk ke dalam mulut,mencair di lidah,ditelan dan melalui tekak...
Deria rasa mula bertindak...
Reseptor-reseptor di lidah mula menghantar isyarat ke otak...
Rasa manis coklat mula menular...
Tetapi...
tidak lama selepas itu...
Rasa pahit coklat mula terasa...
Semakin lama dan semakin banyak ianya dimakan...
Semakin jelas terasa pahitnya di dalam kemanisannya...
Begitulah juga suatu kehidupan itu
Dalam kemanisan hidup,ada kepahitan duka...
Dalam kegembiraan,ada kesedihan...
Dalam kesenangan,ada kesusahan...
Setiap peristiwa memberi pelbagai rasa...
Manis,pahit,masam,masin,payau...
Tetapi setiap rasa itu harus ditelan...
Sepahit-pahitnya satu ubat itu,jika tidak ditelan tidak terasa juga pahitnya
Tetapi...
Sepahit manapun suatu perjalanan itu,terpaksa juga ditelan kerana hidup perlu diteruskan jua...
Rasa pahit ubat akan lenyap sebaik sahaja kesannya hilang
Tetapi...
Rasa pahit kehidupan itu tidak akan pernah hilang walaupun rasa manis menjelma...
Begitulah juga sebiji coklat itu...
Walau sepahit manapun ianya...tetap ingin dirasa dan dimakan

Tuesday, October 5, 2010

Alunan Asmara 3, 4

3
“Hello, Tena ni. Kau ke tu Cy?” Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah meja telefon itu.
“Akulah ni. Apa kau tengah buat tu? Dating ke?” Kedengaran sinis sekali suara Lindsay.
“Dating pala hotak kau. Aku tengah tengok tv lah ni. Hah, apasal kau tiba-tiba call aku petang-petang macam ni?” Suara Tena kedengaran malas sekali untuk melayan temannya itu.
“Jom pergi lepak.”
“Kat mana? Takkan kita dua je kot?” Tena merasa bersemangat mendengar cadangan temannya itu.
- Argh…sekali sekala untuk melepaskan tekanan apa salahnya.
“Tempat besalah. Aku dah call Pat dan Sara tadi, dorang baru je nak jalan ni,”
“Cantek…okey-okey, aku pergi jemput kau kat rumah sekarang. Tunggu aku salin baju jap,”
“Cepat tau.”
“Yes ma’am,” Tena terus meletakkan gagang telefon dan berlari naik ke tingkat atas untuk menukar pakaiannya. Sebaik sahaja selesai, dia terus mencapai kunci keretanya.
“Hah…hah, nak ke mana tu? Tak bolehkah kau lekat kat rumah pada waktu petang-petang macam ni. Asyik keluar je.” Puan Diana mula membebel.
“Jumpa kawan ma. Tena janji, sebelum kul lapan nanti Tena dah sampai kat rumah. Okey, bye ma.” Tena terus berlari ke arah keretanya dan memandu keluar dari perkarangan rumah banglo dua tingkat itu. Puan Diana terus termangu melihat perangai Tena yang semakin menjadi-jadi itu. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.
- Apalah nak jadi dengan anak gadis aku yang seorang ini?
Kriing…kriing. Kriing…kriing.
Bunyi deringan telefon mengejutkannya dari lamunannya itu.
“Hello,”
“Hello, mama. Miky ni,” Suara Miky kedengaran riang sekali di pendengarannya.
“Hah, Miky. Mama baru je ingat nak call Miky tadi.”
“Apahal ni ma? Mama ada problem ke?” Miky berasa sedikit cemas tatkala mendengar keluhan panjang dari mamanya itu.
“Problem tu biasalah. Ni, mama nak tanya Miky ni, bila Miky nak balik sini? Dah lebih seratus kali tau Miky janji dengan mama tapi satu kali pun Miky tak pernah tepati janji Miky tu.” Geram rasa hatinya memikirkan perangai anak gadisnya yang seorang ini lagi.
“Err…minggu ni tak bolehlah mama, Miky sibuk sangat. Sekarang ni pun Miky ada banyak patient tengah beratur kat luar tu.”
“Itu ajelah alasan kamu bagi kat mama setiap kali tau. Oh ya, apasal tiba-tiba saja call mama ni. Biasanya, kalau tak mama yang call, bertahun-tahun mama tak dengar suara kamu tu.”
Miky merasa serba-salah mendengar rungutan mamanya itu tetapi keadaan memaksa dia bersikap mementingkan diri buat seketika.
“Aikk…takkan merajuk kot mama? Buruk tau kalau mama merajuk. Sebenarnya Miky nak ajak mama balik kampung,”
“Miky…Miky…Baru minggu lepas kami bertiga balik kampung, takkan dah lupa kot?”
“Alamak, Miky sibuk sangat sampai lupalah mama. Oh ya, Tena mana?” Ingatannya berlegar memikirkan perangai Tena yang selalunya tidak pernah lekat di rumah pada hujung minggu.
“Mana lagi, keluarlah. Dah berbuih mulut mama ni nasihatkan dia tapi alih-alih mama sendiri jugak yang telan balik nasihat mama tu.” Puan Diana mengeluh berat.
“Kenapa mama tak suruh papa aje yang nasihatkan dia. Lagipun STPM dah nak dekat,”
“Jangan haraplah Miky oi…Kalau bersua aje mesti meledak bom nuklear. Kenapa tak Miky aje yang nasihatkan dia?”
“Tengoklah mama…”
“Miky…” Puan Diana memahami gelodak perasaan anaknya itu walaupun hanya melalui suaranya. Dia mengerti.
“Okeylah mama, Miky dah kena bertugas balik ni. Bye mama,”
“Jangan lupa makan tau,” Itulah nasihat yang selalu dititipkannya buat Miky setiap kali bersua di telefon kerana dia tahu yang Miky seorang yang gila kerja sehingga mengabaikan masa makan dan rehatnya.
“Yes, bos.” Miky cuba memutuskan perbualan mereka secepat mungkin kerana segala kenangan silam mula bermain di segenap ruang fikirannya.
“Tena, duduk sini kejap. Papa ada benda nak cakap dengan Tena.” En. Charles masih tidak mengalihkan mata dari surat khabar yang dibacanya.
Miky mengengsotkan sedikit badannya untuk memberikan tempat duduk kepada Tena.
“Tena pergi mana tadi? Dah lewat petang macam ni baru ingat nak balik rumah?” En. Charles melipatkan surat khabar itu dan menghempaskannya dengan kasar ke atas meja di hadapannya.
“Jumpa kawan,” Pendek sahaja jawapan dari mulutnya. Dia mulai berasa gusar.
“Kawan? Laki ke perempuan?” Pandangan tajam jatuh ke muka Tena.
“Err…laki dan perempuanla papa. Kam…kami bincang pasal…pasal kerja sekolah.”
“Bincang pasal kerja sekolah…bukunya mana?” Tahap kesabarannya hampir mencapai tahap maksimun setelah mendengar jawapan dari mulut anaknya itu.
“Err…Ten…Tena pinjam dari merekalah papa,” Tena masih berusaha menegakkan benang yang basah.
“Pinjam konon. Tena ingat papa tak tau mana Tena pergi dari pagi sampai petang tadi? Dah pandai berbohong sekarang ye. Bila masa papa dan mama ajar Tena bohong?! Cakap!” Kesabarannya benar-benar teruji apatah lagi setelah melihat anaknya itu berpeleseran di sebuah pusat membeli belah tengahari tadi.
“Tena…Tena…” Belum sempat Tena menghabiskan kata-katanya satu tamparan hinggap di pipi kanannya. Miky terkejut.
Esakan dari Tena mula kedengaran. Dia terus berlari naik ke biliknya dan menghempaskan pintu biliknya sekuat hatinya.
“Char…apa awak buat ni? Sampai hati awak…” Puan Diana terduduk di sebelah Miky.
En. Charles masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dia tidak sedar akan perbuatannya tadi.
Miky kemudiannya bangun dan mengejar Tena sehingga ke pintu biliknya.
“Tena, buka pintu ni dik. Miky ni,” Tangannya terus mengetuk-ngetuk pintu bilik Tena itu.
“Pergi! Tena benci semua orang!”
“Tak baik cakap macam tu Tena. Tena, Miky rasa lebih baik Tena buka pintu ni dan turun minta maaf dengan papa dan mama.” Miky masih tidak jemu memujuk Tena yang mula membaling semua benda di dalam biliknya itu ke arah pintu.
“Kerana Mikylah semua benda ni terjadi. Miky penyebab papa pukul Tena. Kalau Miky tak ada dah tentu Tena tak jadi macam ni tau. Tena benci Miky…benci…benci…benci! Pergi!”
Miky kaget. Dia tidak sangka Tena sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu. Dia terus berlari masuk ke dalam biliknya dan menangis sepuas hatinya.
Sejak detik dan ketika itulah perhubungannya dengan Tena menjadi semakin jauh. Tidak lama selepas kejadian itu dia mengambil keputusan untuk keluar dari Vila Impian itu.

“Hello,? Miky,…Miky apasal diam aje ni? Ada apa-apa ke?”
“Err…tak ada apa-apa lah mama. Okeylah mama, bye.” Tanpa disedarinya, mutiara jernih mengalir menuruni pipinya yang mulus itu. Segera dikesatnya. Dia terus menyibukkan dirinya untuk melenyapkan segala kenangan lalu yang menghiris hati itu.
4
Kelihatan dua orang yang berpakaian kasual berjalan menuju ke arah sekumpulan remaja yang sedang asyik berbual. Suasana menjadi bingit tatkala gadis berdua itu menghampiri mereka.
“Hai, guys. What’s up?” Dari jauh salah satu dari gadis itu melaung memanggil kumpulan itu. Laungannya itu menyebabkan banyak mata yang mula terarah kepada mereka. Tanpa mempedulikan pandangan pengunjung di situ, mereka berdua terus melangkah dengan penuh bergaya sekali.
“Hai, dua dara pingitan. How are you two doing?” Salah satu remaja lelaki dalam kumpulan itu menegur mereka.
“Sorry sikit. Ini zaman ITlah, mana lagi pakai dara-dara pingitan tu. Can we go now?”
“Pergi mana? Kita orang tengah tunggu Didix and the gangla.”
“Korang ajak mereka jugak ke? Today, it’s gonna be fun, right Tena?”
Tena menganggukan kepalanya sambil melemparkan sekuntum senyuman buat temannya itu.
Dari jauh kedengaran gelak tawa sekumpulan remaja lelaki menghampiri kumpulan mereka.
“Hello my friends, what’s up?”
“Hello, takkan you all dah lupa, kita janji nak tengok wayanglah.”
“Mana boleh lupa pulak. Janji tetap janji kan tapi ada satu problemlah.” Semua mata terarah kepada jejaka itu.
“Apa dia?”
“Biasalah…no money no talk, right guys?” Mereka terus tergelak.
“Don’t worry. Hari ni biar saya, Marteena yang belanja korang semua.”
Didix terus mencapai tangan Tena dan berjalan mendahului semua rakan-rakan mereka, menuju ke arah panggung wayang yang pastinya akan menjadi bingit dengan kehadiran mereka.

“Selamat pagi Lis,”
“Selamat pagi bos. Cerianya wajah bos hari ni, ada apa-apa ke? Saham naik kot?”
“O…hari lain saya tak ceria ke? Oh ya, anything for me?” Nicky menolak pintu pejabatnya diikuti oleh Ferliscy, setiausahanya yang masih sibuk membelek buku notanya.
“Hari ni bos ada satu mesyuarat tergempar dengan ahli lembaga pengarah syarikat, dua appointment dengan klien; satu pada pukul sebelas pagi dan satu lagi pada pukul dua petang. Oh ya, ada seorang gadis telefon cari bos tadi.” Ferliscy terus membelek buku notanya yang dipenuhi oleh jadual bosnya itu. Sebagai seorang setiausaha, dia menjadi orang kedua penting selepas bosnya kerana dia juga menyimpan semua rahsia syarikat.
“Ada dia sebut namanya?” Nic mula membuka fail-fail di hadapannya.
“Kalau tak silap saya, namanya…Elyna. Dia kata dia nak jumpa bos waktu lunch nanti, tempat biasa katanya. Aik, macam biasa jumpa je bos, ada apa-apa ke?” Ferliscy tersenyum menantikan reaksi bosnya itu.
“Banyaklah ada apa-apa awak tu. Ada lagi?” Matanya masih sibuk meneliti maklumat-maklumat yang diedit dengan penuh kekemasan oleh setiausahanya itu. Ferliscy sajalah satu-satunya setiausahanya yang masih bertahan dengan sikapnya yang amat mementingkan kesempurnaan itu.
“No, bos. Do you want a cup of coffee as usual, bos?”
“No, thanks. Saya dah minum kat rumah tadi.”
“Kalau macam tu, saya keluar dulu, bos.” Ferliscy terus keluar dari bilik bosnya itu apabila telinganya menangkap bunyi deringan telefon di atas mejanya.

“Hi, Lyna. Apasal you nak jumpa I ni?” Nic terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terletak bertentangan dengan tempat gadis itu duduk.
“Takkan tak boleh jumpa kawan lama kot? It’s been quite a while, right since the ‘day’? Tak sudi atau…you takut girlfriend tersayang you tu nampak? Oh, come onlah Nic,” Gadis itu terus merenung wajah jejaka yang pernah menjadi miliknya suatu ketika dahulu. Dia tersenyum kemenangan tatkala melihat kedatangan jejaka itu tadi setelah beberapa cubaannya untuk mengatur pertemuan di antara mereka selama ini gagal. Dia tahu bahawa lama-kelamaan jejaka itu tetap akan tunduk kepadanya semula seperti yang pernah terjadi kepada mereka beberapa tahun lepas. Dia mempunyai pesona tersendiri yang mampu mencairkan setiap hati yang memandangnya. Dia akan memastikan perkara itu terjadi walau dengan apa cara pun kerana dia tidak pernah mengenal erti putus asa dan kekalahan.
“Bila pula I kata macam tu? You dah order ke?” Nic berlagak selamba untuk menutup getar di hatinya ketika itu. Dia terus mencari kelibat pelayan di situ.
“Belum, tunggu youlah ni,” Jawapan yang bernada manja itu sengaja dibuat-buat dan itu sudah cukup membuatkan getaran di hati Nic bertambah laju.
“Waiter…”

“Bestlah citer tadi, kan Cy?”
“Fuyoo…terpegunnya aku couple tu tadi. Kalah korang dua dibuatnya tau,” Usik Lindsay. Semua mata terarah kepada Tena dan Didix, seketika mereka tergelak.
“Eh, sorry sikit ye. Tak mainlah benda macam tu, pleaselah. Meremang bulu roma aku ni tau.” Tena kegelian. Mereka tergelak lagi melihat gelagat Tena yang kegelian itu.
“Eh Tena, aku rasa macam kenal je lelaki itulah.”
Serentak tawa mereka terhenti. Patricia menarik tangan Tena untuk mengenalpasti lelaki yang dimaksudkannya itu.
“Kalau tak silap aku, itu Nicky kan?”
“Yelah tu. Siapa perempuan tu? Mesra semacam je,” Telahan Didix itu membangkitkan rasa geram Tena. Di kala itu perasaannya terasa bagai tersiat-siat melihat kemesraan pasangan itu tetapi dia tetap menguatkan perasaan egonya. Dalam diam dia mengepalkan penumbuknya.
“Jom kita ciow,” Tena terus berjalan dengan pantas meninggalkan rakan-rakannya yang masih terpinga-pinga melihat reaksinya itu. Mereka terpaksa mengejarnya sehingga ke tempat letak kereta.
“Apasal dengan kau ni, Tena?”
“Aku dah tak ada moodlah, aku nak balik.” Tena terus melangkah ke arah kereta Waja yang diparkirnya di situ awal tadi.
“Tena, wait for me. Kau ni tah pape, hangin tiba-tiba,” Lindsay terus mengejarnya dan mengambil tempat duduk di sebelah pemandu sambil mulutnya terus terkumat-kamit, berleter.
Proton Waja itu berlalu dengan pantas melimpasi Didix. Didix dapat merasakan gelodak perasaan yang melanda gadis pujaannya itu setelah tiga tahun mengenali hati dan budinya. Dia dapat mengesan perubahan sikap Tena itu dengan jelas sekali malah dia sudah dapat mengagak reaksi dari Tena.
“Apa kena dengan Tena tu?” Joshua menepuk bahu Didix lalu lamunannya terus lenyap.
Didix hanya menggeleng lalu melangkah ke dalam restoran Mc Donald yang mulai kosong setelah waktu rehat tamat.
“Pape je lah. Jom kita pergi minum-minum, habis citer.” Mereka terus berjalan beriringan.

Alunan Asmara

ALUNAN ASMARA








1
Petang itu amat membosankan. Kipas yang ligat berputar yang bergantungan di siling tidak dapat melenyapkan rasa rimas yang menyelubungi jiwanya. Matanya terarah kepada temannya, Ryn, yang sedari tengahari tadi asyik membuta saja kerjanya.
- Apalah nak jadi dengan anak dara seorang ni?
Bunyi ketukan jari temannya yang seorang lagi, yang rancak menekan papan kekunci laptopnya menarik perhatiannya. Pandangannya segera terarah kearah temannya itu.
“Hei, Ni. Kau ni tak habis-habis dengan kerja kau tu. Kau tak tahu penat ke? Ataupun kau dah jatuh cinta dengan laptop kau tu?” Bahu Yani ditepuknya lembut.
“Apa nak buat Miky oi…Dah namanya kerja makan gaji so you know how I work and I’m not like you. You are the boss.” Matanya masih terarah ke skrin laptopnya itu.
“Kau kenapa pula ni? Dari tadi aku lihat macam kucing hilang anak je lagaknya, gelisah semacam je…Kau tunggu Nic ke?” Otaknya masih ligat memikirkan penyelesaian kepada permasalahan yang tercatat di dalam dokumen-dokumen yang berlambak di hadapannya dokumen yang telah terbelangkalai sejak semalam.
“Apa boleh buat? Nama saje ada boyfriend, tapi tak habis-habis dating dengan kliennya. Ada 2 orang kawan tapi yang seorang asyik membuta aje kerjanya dan yang seorang lagi asyik sangat bercinta dengan mesin bodoh ni,” Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Yani sambil matanya tertumpu kepada skrin komputer itu.
“Ni, kau ada apa-apa interesting plan tak untuk menghabiskan hari yang panjang ini?”
Tiba-tiba dia melompat bangun dari kerusi yang didudukinya dan terus menarik lembut tangan temannya itu.
“Jom…”
“Jom apa?” Yani kehairanan.
“Pergi shopping,”
“Aku busylah. Kejutkan si Ryn tu dan ajak dia pergilah,”
“Jomlah…Malas aku nak kejutkan dia tu. Kalau bom nuklear meletup pun dia tak akan bangun punya,”
“Tapi…” Belum sempat Yani meneruskan kata-katanya, Miky terus memintasnya.
“Wahai cik Yani yang kusayang, hujung-hujung minggu ni digunakan untuk beristirehat, bukannya memerah otak. Malam karang sambunglah…please,” Miky menayangkan muka seposennya sambil tersengih.
“Yela,yela tuan puteri. Aku naik atas tukar baju dulu ye,”
“Sayang Yani,” Yani mencebik.
“Oh ya, si Ryn tu pulak macamana?” Muncungnya dipanjangkan ke arah temannya yang masih lena dibuai mimpi itu.
“Don’t worry. Dia pun dah besar panjang, dah boleh jadi mak budak pun. Masa kita balik nanti gerenti dia belum bangun punya,”
“Nujum pak belalang ke kawan aku yang sorang ni? Kau tak tukar baju ke?”
“Alamak terlupa pulak aku,”
“Itulah, asyik membebel aje kerjanya,” Gumam Yani.
“Okey, okeylah macik oi…jom lumba siapa awal siap,” Miky terus berlari menuju ke biliknya.

“Habis satu kedai kau borong. Kau nak buat apa dengan barang-barang sebanyak ni?” Yani hairan melihat Miky membeli beberapa pasang baju kurung dan seluar kanak-kanak.
“Aku nak kahwin,” Selamba jawapan yang keluar dari mulut Miky sambil mengenyitkan matanya kepada teman baiknya itu.
“Aku tanya betul-betullah ni. Main-main pulak dia.” Yani terus mencubit pipinya yang mulus itu.
“Ouch…sakitlah. Aku nak balik kampunglah, jumpa mak sedara dan sepupu-sepupu aku. Lama sudah aku tak balik kampung.” Segera ingatannya mengimbas kehijauan dan kedamaian kampung halamannya.
- Alangkah indahnya kampungku, seindah kenangan-kenangan yang pernah terlukis di dalam kamus hidupku.
“Jom aku belanja kau makan,” Mereka segera menuju ke arah sebuah restoran makanan ringan berhampiran untuk membasahkan tekak yang terasa seperti ditarik-tarik.
“Ni, tunggu aku kejap okey. Aku nak pergi ladies kejap,” Miky terus bangun dari kerusi yang didudukinya dan apabila dia berpusing ke belakang…
“Opps…”
“Ouch! Hoi, tak nampak orang ke?” Mulutnya terus menyumpah insan yang telah melakukan kesalahan itu.
Semua mata yang berada di situ mula terarah kepada mereka. Miky terus mengambil tisu dari dalam tas tangannya lalu mengelap bajunya yang telah dibasahi air sirap itu.
“Sor…sorry miss. I…” Insan itu menghulurkan tisu lagi kepadanya sambil cuba membantu mengelap bajunya.
“Stop it!” Dirampasnya tisu itu dengan kasar lalu terus menuju ke dalam tandas.

Sebaik sahaja dia melangkah kembali ke arah mejanya, dia terlihat Yani sedang berbual dengan seseorang.
“Ni, who is this guy?” Matanya dijegilkan ke arah lelaki itu.
Lelaki itu terus berdiri lalu menghulurkan tangannya.
“Oh, hi. I’m Bryan Erick Olsen and I’m so sorry about…”
Huluran tangan lelaki itu tidak bersambut.
“Excuse me; I am not talking to you. I am asking the question to Yani, you got that?”
“Kalau ye pun, duduklah dulu. Malulah, orang dah pandang kita semacam je ni. Kenalkan, ini Bryan, my cousin.”
“I’m very very sorry about your shirt,”
Miky menjeling penuh kemarahan kepada Bryan.
“Ni, aku nak balik dulu ye. Kau orang berdua berbuallah dulu.” Dicapainya tas tangannya lalu melangkah pergi dari situ, meninggalkan mereka berdua yang masih terpinga-pinga melihat tindakannya itu.

“Hoi, sensitive princess. Sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang ye,”
“Eh…eh…kau nak ke mana tu?” Miky kehairanan apabila melihat Yani melangkah menuju ke arah kereta.
“Baliklah, mana lagi?”
Miky terus membuka pintu kereta di sebelah penumpang dan melontarkan kunci kereta kepada Yani.
“Aku rasa baik kau yang drive. Nanti tak pasal-pasal kau patah kaki, aku hilang tangan.”
“Isyhh…cabul betul mulut kau tu tau. Karang betul-betul jadi, lari si Nic tu.” Yani terus mengambil tempatnya di bahagian pemandu dan memandu keluar dari tempat letak kereta itu.
“Sebenarnya, Bryan ada appointment dengan kliennya di situ tadi. Oh ya, terlupa pulak aku. Nah, dia kirim nota untuk kau.” Sekeping kertas kecil dihulurkannya kepada Miky.
“Cousin kau tu dah mereng otaknya ke? Dahla dia rosakkan mood aku, ada hati pulak nak main surat-surat dengan aku,”
“Notalah,”
“Samalah tu,” Dia terus membuka kertas itu.

Dear miss…
I am so sorry about your shirt. Saya janji, saya akan ganti baju saudari itu. Kalau tak pun, boleh tak saya belanja saudari lunch ke dinner ke? Oh ya, jangan selalu naik angin, okey? Nanti lesung pipit comel di pipi saudari itu akan hilang serinya.
Bryan

“Hoi, tadi marah-marah, sekarang apa kena dengan kau ni? Angau apa? Dunia…dunia…”
“Apa yang kau merepek tu Ni? Ulang balik, aku kurang dengarlah,”
“Nothing. Jangan-jangan hati kau dah terpaut kat cik abang tadi kot?” Duga Yani sambil melemparkan sebuah senyuman yang mengandungi seribu satu makna. Dia terus membelokkan kereta memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat itu.
“Sorry ye…si Nic tu aku nak letak kat mana?”
“Dalam poketlah,”
Jawapan yang bersahaja itu membuatkan Miky kegeraman lalu dicucuknya pinggang langsing gadis itu sehingga membuatkannya melenting gara-gara terkejut. Yani terus mengejar Miky yang sudah berlari masuk ke dalam rumah.
“Eh, dah bangun pun sleeping beauty ni,” Miky terus menghempaskan punggungnya di sebelah Ryn sedang menonton siaran langsung rancangan Muzik-muzik yang amat digemarinya itu.
“Sampai hati korang tinggalkan aku sendiri ye. Banyak barang kau shopping, ada untuk aku ke?” Ryn mencapai bungkusan baju yang dicampakkan oleh Miky itu ke atas sofa.
“Sorry ye, aku beli belacan je untuk kau.”
“Yelah tu. Oh ya, malam ni kita nak masak apa?” Kedengaran bunyi periuk berlaga di dapur.
“Ni, malam ni biar si Ryn ni yang masak memandangkan dia dah awal-awal tanya.” Dikenyitkan matanya kepada Ryn. Mendengarkan celoteh Miky yang tidak habis-habis mengenakannya itu, Ryn berlari mengejar Miky sehingga ke dapur.
“Sudahlah korang dua ni. Malam ni biar aku yang masak, okey? Mummy aku nak datang malam ni.”
“Dia datang sorang je ke?”
“Manalah aku tau,” Yani meneruskan kerjanya memotong daging ayam kepada ketulan-ketulan kecil.
“Tak apalah Ni, aku tolong kau potong sayur ye? Tak usah suruh si mulut murai tu tolong, nanti tak pasal-pasal masin sayur kita terkena tempias liurnya,”
“O…kau kenekan aku ye? Nah, rasakan,” Miky mencucuk pinggang Ryn yang masih terkial-kial mencari pisau. Ryn terus melenting.

Gemuruh jiwa, semangat membara, menyerlah jauh dari yang biasa…
Kedengaran telefon bimbit Miky berbunyi menandakan ada panggilan yang diterima. Dicapainya tas tangannya lalu melagkah naik ke arah bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas.
“Hello, may I know who’s on the line please?” Dihempasnya tubuhnya yang kecil molek itu ke atas tilam yang empuk itu. Matanya hampir terlelap sebaik sahaja kepalanya mendarat di atas bantal.
“Takkan tak kenal suara saya kot, cik adik manis?”
“Saya ni lulusan Universiti Sains Malaysia dalam bidang medik, bukannya bidang pengoperatoran telefon,”
“Saya ni pun bukan lulusan bidang itu tapi dalam bidang kejuruteraan tapi saya dapat teka apa yang cik tengah buat sekarang,”
“Okey, stop it. Now, you tell me. Siapa yang duduk di hujung sana yang tiba-tiba call saya ni sedangkan saya tidak pernah pun save number saudara?”
“Hek…ehem. May I introduce myself as Bryan…”
“Siapa?” Dia terus terduduk dan matanya terasa segar semula.
“Bryanlah ni. Kalau ye pun excited, janganlah menjerit cik adik oi…”
“Sejak bila pulak pihak Telekom pasang telefon dalam hutan tu?”
“Pihak Telekom tak perlu pasang tiang telefon kat sini kalau semua penghuninya sudah ada handphone sendiri dan untuk pengetahuan cik adik manis, line phone kat sini full sangat. Tak nak join ke?” Bryan terus tergelak setelah dia merasakan dia telah berjaya mengenakan gadis manis itu.
“Ishh…” Miky terus mematikan telefonnya dan berlari turun ke dapur.
“Ni…Yani, siapa yang bagi nombor telefon aku kat beruk tu?”
“Beruk mana ni?” Yani meneruskan kerjanya menyiang ikan sementara Ryn masih sibuk memotong buah terung untuk dibuat sambalnya nanti.
“Siapa lagi, kalau bukan beruk Bryan tu,”
“Aikk…setahu aku Bryan tak pernah pelihara beruk pun. Sejak bila pulak dia bela beruk ni? Nantilah aku tanya kat dia, dan dari mana pula kau tahu yang dia ada bela beruk ni?”
“Kau ni tak faham bahasa betullah. Si Bryan tu lah yang beruk,”
“O…yelah, dah dia beria-ria tanya kat aku, apa aku nak buatkan?”
Miky mengepalkan penumbuknya ke arah Yani. Tiba-tiba, satu pesanan ringkas tertera di skrin handphonenya.
Wahai cik adik manis, apasal letak phone? Line tak clear ke? Beruk hensem dan macho kat sini dah rindu nak dengar suara you yang cute itulah. I’ll call you later,okay?
Bryan
“Ni, tengok ni,”
“Apasal dengan kau ni? Dari tadi asyik menjerit je? Kenapa, si Nic keluar dating dengan orang lain ke atau kau tu yang dah angau?” Usikan dari Ryn itu tidak diendahkannya.
Mereka berdua terus menbaca pesanan ringkas itu dan seperti yang telah dia duga, meledaklah tawa mereka berdua. Mikt terus merentap handphonenya daripada tangan Ryn dan berlari masuk semula ke dalam biliknya.
“Hoi, kawan. Mummy aku aje yang datang, tak payahlah kau mekap cantik-cantik,” Laung Yani dari ruang tamu setelah lama menunggu Miky bersiap. Ryn masih sibuk menyusun pinggan di atas meja.
“Mana ada aku mekap. Memandai aje kau ni tau,” Sebaik sahaj dia keluar dari biliknya, kedengaran bunyi kereta dimatikan. Yani terus keluar untuk menyambut mummynya.
“Mummy datang dengan sape?”
“Tu, dengan adik kau dan Bryan,” Dia terus menjemput mereka masuk ke dalam rumah.
“Apa khabar mak cik?” Ryn dan Miky terus bersalam dengan mummy Yani itu.
“Hai, sis. Eh, Ryn pun ada? Biasanya kalau waktu macam ni lubang hidung kau yang besar itu pun tak nampak. Tak pergi dating ke hari ni?” Mick terus menyerang Ryn dengan sapaan penuh sindiran itu.
“Aik…belum sempat aku jemput kau duduk, kau terus kerjakan aku dengan soalan cepu mas kau tu ye. Kau tu pun dua kali lima tau,”
“Aku lain, kau lain. Oye, here goes my special sister. Apa citer sis? Mickey mouse kat rumah kirim salam kat kau. Dia kata tak dapat datang sebab dia nak tengok kartun,” Mick terus bersalam dengan Miky.
“Oh, ye ke? Tak pelah, kirim salam dari aku kat Mouse kau tu ye Mickey,” Mereka semua tertawa mendengar celoteh Miky dan Mick yang memang rapat itu. Umur mereka yang tidak jauh berbeza membuatkan mereka serasi bergurau dan berbual sebagai sahabat.
“Aikk… Ian, tak sudi masuk ke?” Yani terus menarik tangan Bryan supaya masuk ke dalam rumah sambil menunggu reaksi dari Miky tetapi Miky sedang leka berbual dengan Mick sehingga tidak menyedari akan kedatangan Bryan itu.
Bryan terus duduk berhadapan dengan Miky.
“Cantik rumah kau ni ye Ni? Pandai kau hias. Orang yang tinggal kat dalamnya pun cantik-cantik belaka. Kalau masuk sekali rasa macam tak nak keluar pulak.” Bryan sengaja menguatkan suaranya untuk menarik perhatian Miky.
“Hei, jangan kacau anak dara orang bro. Susah kau nanti,” Mick segera mencelah sementara muka Miky mula kelat apabila menyedari akan renungan Bryan yang bersahaja itu.







2
“Selamat pagi, Dr.Miky,” Kedatangannya pada pagi itu disambut dengan senyuman nakal oleh rakan-rakan setugasnya. Tidak seperti hari-hari biasanya, di mana semua orang sibuk melakukan tugas masing-masing.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam biliknya, dia terkejut besar apabila mendapati sejambak bunga ros biru terbaring di atas mejanya. Dia terus membelek bunga itu sambil menghidu keharumannya. Dia teringat kali pertamanya bertemu dengan jejaka yang telah berjaya mengisi ruang hatinya.
Pada pagi itu Miky terpaksa bergegas ke kedai bunga untuk mengambil pesanan bunga yang telah ditempah khas buat Ryn yang akan melangsungkan pertunangannya. Dia terpaksa berkejar kerana pada masa yang sama dia perlu menjemput kedua ibu bapanya yang baru pulang dari London atas urusan kerja.
Dia terus menolak pintu masuk kedai bunga itu dengan kasar tanpa menyedari ada seseorang sedang menarik pintu dari dalam. Dia tidak menyedarinya sehinggalah insan itu mengaduh kesakitan kerana kepalanya terhantuk ke pintu. Keadaan menjadi panik.
Bermula dari detik itulah insan itu berjaya bertakhta di hatinya sehingga ke hari ini.
Bila terasa rindu, kusebut namamu dalam angan dan barulah ku terasa bagai disembuh…
Bunyi telefon bimbit yang telah ditetapkan khas buat insan itu mengalihkan perhatiannya daripada bunga yang sudah tersusun indah di dalam pasu itu.
“Hai, Nic. Thanks for the flowers.”
“Flowers? What flowers?” Kedengaran suara Nic yang mula berubah.
“You ni pandai betul berlakon. You tak ingat ke you hantar pesanan bunga ataupun terlalu banyak bunga yang you pesan sampai tak ingat yang mana satu?”
“I don’t know what you are talking about. Maybe your fan and by the way, siapa dia tu?” Suara Nic berbaur cemburu.
“Lupakanlah aje. Apasal you call pagi-pagi ni?” Sengaja dikeraskan suaranya supaya Nic tau yang dia sedang geram.
“Takkan marah kat I kot? Sebenarnya mama I jemput you pergi party kat rumah kami malam ni,”
“Party besar ke dan untuk apa?”
“Tak adelah besar sangat. Dinner besa-besa je. Mama I nak sambut my bro, Tom. Dia baru balik dari overseas malam tadi,”
“Oh, gitu. Pukul berapa start?”
“Around eight. Nanti I pergi jemput you, okey? Got to go now, bye sayang and see you later,”
“Okey, bye.” Setelah menutup telefonnya, dia memulakan kerja-kerjanya. Seketika matanya tertancap ke arah bunga itu.
- Cantik juga. Siapalah yang gentleman sangat ni? Macam tau-tau je aku suka bunga ni. Pelik bin ajaib betul.

Seperti yang telah dijanjikan, Nic menjemputnya malam itu. Nic begitu terpegun tatkala Miky keluar dengan mengenakan night gown hitam yang sungguh serasi dengan tubuhnya yang putih melepak itu.
“Cantik betul buah hati pengarang jantung I malam ni. Bertuahnya you, Nicky Bryne Richie,” Nic terus merenung Miky sehingga membuatkan Miky tidak keruan.
“O… hari lain tak cantik ke? Tak bertuah ke? Dahlah renung orang macam harimau kebulur, merepek lagi yang bukan-bukan,” Miky mencebik bagi menutup rasa hatinya yang lemah mendengar pujian Nic itu.
“Kalau boleh macam nak telan je sekarang tau…” Nic mendekatkan mukanya kepada Miky. Miky merasakan mukanya sudah berbahang kemerahan.
“You ni dah buang tebiat ke apa?” Miky menolak lembut badan Nic yang semakin menghampirinya.
“Bukan buang tebiat tapi ingin menikmati kurniaan Tuhan yang sungguh indah ini. Apa salahnya I puji you lebih sikit hari ni? You look totally different today,” Satu kucupan di tangan dihadiahkannya.
“Mestilah lain, kan hari-hari biasa I pakai doctor’s gown tu aje.”
“Pandai betul you tukar topik tau,” Nic mencuit hidungnya lembut.
“Oit…sakitlah. I masuk balik karang baru tau,” Miky sengaja membuka pintu kereta.
“Macamana you nak masuk balik? Kitakan dah kat tengah jalan ni?”
“Memanglah kita ada kat tengah-tengah jalan sebab you parking kat tengah-tengah jalan. Satu meter pun belum gerak tau.”
Nic terpinga-pinga. Gelabah dibuatnya seketika apabila dia sibuk menghidupkan enjin kereta. Mereka terus tertawa.

“Nic, pagi tadi you kata kecil je tapi I lihat tetamunya macam orang nak kawen je,”
“You dah terbayangkan majlis kahwin kita ke?” Nic tersenyum nakal. Miky terus mencubit lengannya.
“Nakal,”
“Ouch, sakitlah sweetheart,”
“Tau pun,”
“Okey…okey. You tunggu sini kejap okey, I nak pergi cari my bro dulu.”
“Perlu ke?” Miky menarik lembut tangan Nic. Dia merasa tidak selesa berada di khalayak ramai. Nic terus tersenyum.
“You takut ke? Kejap je, okey sayang.” Nic terus menghilang di sebalik tetamu-tetamu yang semakin memenuhi ruang tamu itu.
Miky leka memerhatikan para tetamu yang datang, yang datang dengan gelagat mereka tersendiri. Ada yang kelihatan seperti mak-mak datin seperti yang selalu ditontonnya di kaca televisyen, ada pula yang sederhana sahaja penampilannya. Matanya meratah setiap pelosok ruang tamu itu.
“Hai, sorang-sorang je ke?” Lamunannya terhenti.
“Hai…” Dia tergamam tatkala pandanagannya bertemu dengan insan yang menyapanya tadi. Dia hampir terjerit kerana terlalu terkejut.
“Awak! Apa awak buat kat sini?” Peristiwa hari itu menerpa kembali ke dalam ingatannya.
“Heran betul aku. Di mana saja aku pergi, dia pasti ada,” Omelannya panjang kerana perasaan tidak puas hati meraja dirinya ketika itu.
“Apa yang awak kata tadi tu? Tak baik tau cakap sorang-sorang, nanti bertambah lagi penghuni kat Hospital Bahagia tu,” Ledakan tawa dari mulut insan itu mengundang mata-mata di sekeliling mereka untuk beralih perhatian kepada mereka. Ada yang kelihatannya sudah berbisik-bisik sesama sendiri.
Miky semakin panas hati. Ketika itu mahu sahaja dia mencekik lelaki itu.
“Cakap? Cakap apa pulak? Tak ada pun,”
Dengan ketawa yang masih bersisa, lelaki itu merenung segenap wajah gadis yang berada di hadapannya itu.
- Oh Tuhan, alangkah indahnya ciptaanmu. Seandainya aku dapat menjadikannya sebagai permaisuri di hati ku, akulah insan yang akan paling bertuah.
“Oh ya, awak datang dengan siapa?”
“Kawanlah,” Acuh tak acuh je Miky menjawabnya sambil matanya meliar mencari kelibat Nic.
“Lelaki ke perempuan?”
“Apasal awak sibuk sangat ni?” Miky semakin merasa tidak selesa apabila dirasakannya tenungan lelaki itu masih menginggahi wajahnya.
“Eikk…soalan saya belum awak jawab lagilah,”
“Boyfriend. Kenapa, jeles ke?” Miky melawan tenungan lelaki itu.
- Smart.
Terpegun seketika matanya tatkala melihat insan yang berdiri semakin rapat dengannya itu.
- Arghh…gila. Apasal aku puji dia pulak ni?
Sekali lagi lelaki itu mentertawakan gelagatnya yang kelihatan kalut itu. Miky semakin geram.
“Orang yang macam awak ni ada boyfriend juga ke? Sudahlah tu, perut aku ni dah naik lenguhlah ketawa mendengar lawak awak.”
Tahap kesabaran Miky semakin mencapai kemuncaknya. Dia terus menunjukkan penumbuknya ke arah lelaki itu.
“Ganasnya, nanti boyfriend awak lari baru awak tau. Tanya satu soalan lagi boleh tak?”
“Apa dia?” Miky sengaja mengeraskan suaranya untuk menunjukkan protesnya.
“Boleh tak awak…”
“Awak apa?”
“Awak jadi my girlfriend?”
“Sorry, it’s too late. Saya dah nak jadi wife orang pun. Kalaupun tak ada orang nak kawan dengan saya, saya tetap tak ingin. Got that?”
“Ala, bakal je kan? Belum tentu jadi pun,”
“Awak ni…!”
Sebelum sempat Miky meneruskan kata-katanya, Nic telah menyapa mereka.
“Hei, Ian. Dah lama kau sampai?”
“Oh, hai Nic. Dah dari tahun lepas aku sampai tapi takda sesapa pun yang sambut aku.” Selorohnya. Mereka terus ketawa riang.
“Oh ya, lupa pulak aku. Kenalkan ini Miky, my special girl and Miky, this is Bryan, my buddy time kat New Zealand dulu. This is my bro, Tom.” Miky bersalaman dengan Tom. Bryan menghulurkan tangannya dengan selamba, seolah-olah baru kali ini mereka bertemu. Seolah-olah tiada apa-apa yang pernah terjadi di antara mereka.
Sepanjang malam itu, Bryan cuba mendekati Miky. Dia juga menceritakan kisah pertemuannya dengan Miky tetapi sengaja tidak menyelitkan nama Miky.
“Nic, kau nak tau tak satu cerita?” Bryan sengaja mengalihkan perhatian Nic dari Miky kerana hatinya terasa bagai ditusuk sesuatu apabila melihat kemesraan mereka.
- Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama?
“Apa dia?” Jari jemarinya masih erat menggenggam jari jemari Miky.
“Adalah satu hari aku jumpa sorang awek,”
“Cantik tak?” Miky terus mencubit lengan Nic. Nic tergelak kecil kerana dia tahu saat itu Miky tidak senang mendengar pertanyaannya itu tetapi dia hanya sekadar menduga.
“Fuyoo…macam mat salih celup kawan tapi yang tak syioknya…” Bryan sengaja melambatkan ceritanya.
“Apa dia?” Nic semakin berminat mendengar cerita Bryan itu.
“Sabar-sabarla sikit, aku minum dulu.” Bryan terus meneguk air di hadapannya.
“Okay, where did I stop? Oh ya, aku jumpa dia pun accidentally. Aku tak sengaja tertumpahkan baju kat bajunya.”
Miky mula merasa tidak selesa. Jelingan tajamnya ke arah Bryan tidak dapat menutup mulut Bryan daripada meneruskan ceritanya.
“Kesian gak,”
“Siapa yang kesian pulak?”
“Awek tu lah,”
“Kau sepatutnya kesian kat aku ni, bukan kat dialah.” Bryan sengaja menunjukkan muncungnya ke arah Miky secara curi-curi. Miky menyumpah di dalam hatinya.
“Apasal pulak?” Nic kebingungan.
“Aku ingatkan awek cun macam tu boleh dibuat tak berkira tapi, aduh habis aku dimaki-hamunnya.”
Bryan menjeling lagi ke arah Miky yang semakin keresahan.
“Nak ditambahkan lagi, aku cubalah pujuk dia tapi kesian…”
“Apa yang kesiannya lagi ni? Kau ni, cepatlah. Buat aku suspen saje,”
“Kesiannya, dia tak tahu pihak Telekom tak pernah-pernah pasang telefon kat dalam hutan. Apa nak buat? Dah tu, ko tau, aku yang kacak dan macho macam ni dipanggilnya encik beruk.”
“Tak patut, tak patut. Kalau akulah yang jumpa dia, aku amik belacan dan tenyeh-tenyeh kat mulutnya.”
Miky yang sedang menghirup minumannya ketika itu tiba-tiba tersedak apabila mendengar kata-kata Nic itu. Bryan semakin geli hati.
“Are you okay, sayang?” Nic terus menghulurkan tisu untuknya. Sengihan Bryan semakin melebar. Jelingan tajam Miky tidak lansung menggetarkan jiwanya malahan semakin membuatkan dirinya jatuh cinta.
- Kalaulah aku tau beruk ni ada tadi, mati hidup semula pun aku tak nak datang sini.
Miky terus mengutuk Bryan di dalam hatinya.
- Miky…nama yang telah berjaya menggegarkan tembok hatiku. Kalaulah kau tahu isi hatiku ini dan kalaulah kau bukan milik kawan baikku sendiri, kau akan ku sunting untuk merajai hati dan jiwaku ini.

Tuesday, September 21, 2010

Kisah Aku dan Dia

Edisi 1 Kisah Aku dan Dia
Di mana patut ku mulakan coretan kenangan ini? Catatan hidupku yang akan menjadi kenangan selamanya.
Biarlah ku mulakan dengan pertemuan buat pertama kalinya...
Program Kecermelangan Anak Angkat BAKTI...di situlah bermulanya detik-detik perkenalan kami.
Orangnya sangat pendiam dan tidak begitu mesra ketika mula-mula bertentang mata. Senyumannya yang penuh hambar sedikit mencabar jiwa aku ketika itu. Ceh...
Dia yang keseorangan di samping kami empat sekawan disebabkan perbezaan sekolah mungkin membataskan pergaulannya. Dia duduk di satu sudut di dalam sebuah bilik mesyuarat dengan ditemani hanya cikgu sekolahnya sedangkan kami semua ditemani ibu bapa. Raut wajahnya yang polos membuatkan kami semua menyangkakan dia seorang yang sombong dan skema. Hahaha...bodoh betul kami ketika itu kerana cepat sangat membuat kesimpulan.
Kami mula memperkenalkan diri masing-masing di dalam mesyuarat bersama YB itu dan kami dimaklumkan bahawa kami akan mewakili bahagian Kuching di dalam program yang akan dijalankan nanti. Alangkah bangganya hati ini kerana peluang sebegini tidak akan datang bergolek setiap kali. Terdetik juga di dalam hati kecilku, wah si dia semestinya ‘top student’di sekolahnya kerana dia seorang sahaja wakil dari situ. Tercabar pula rasa jiwa ketika memikirkan fakta awal itu.
Ketiadaan seorang kawanku membuatkan kami ditempatkan sebilik di sebuah hotel semasa program selama 4 hari 3 malam itu. Ibunya seorang yang sangat peramah dan dialah yang telah merapatkan kami. Dialah yang memperkenalkan anaknya itu kepada ku sementara dia lebih banyak berdiam. Mungkin ibunya kasihankan aku yang juga keseorangan di situ dan dia bertindak sebagai penyelamatku. Untuk itu aku berterimakasih kepadanya. Aku memang hampir terkontang-kanting ketika ditinggalkan di situ keseorangan. Walaupun pengalaman berdikari sudah banyak ku tempuhi tetapi hati kecilku tetap sama seperti budak-budak berumur 16 tahun yang lain. Jiwaku yang masih muda tetap lara ketika ditinggalkan keseorangan.
Hari pertama ku rasakan amat kekok kerana aku tidak biasa bersama orang yang tidak ku kenali dengan rapat. Butir-butir perbualan kami hanya berkisar kepada topik-topik biasa seperti cerita persekolahan dan kampung. Tiada lagi kisah-kisah peribadi yang berani dibongkarkan. Kekekokan ku ditambah lagi dengan ketidakbiasaanku berkawan rapat dengan budak-budak perempuan di sekolahku. Kawan-kawanku biasanya terdiri daripada budak-budak lelaki. Kawan-kawan rapatku yang sama jantina hanya sekerat sahaja. Aku susah untuk berkawan lama dengan mereka kerana sikap dan sifat mereka yang sensitif dan lemah lembut sementara aku seorang yang berperwatakan kasar. Bergaduh dan bertumbuk sudah menjadi kebiasaan bagiku sementara dia ku lihat seperti tidak pernah berperang mulut sekali pun. Sungguh berbeza sekali sifat kami rupanya...
Hari berganti hari,program itu berjalan dengan lancarnya. Hubungan kami pula semakin rapat. Tidak pernah ku sangka, dalam masa 3 hari aku sudah boleh bergelak ketawa dengannya. Pelbagai cerita lucu kami berempat alami di situ seperti tersesat bilik sehingga kami terpaksa naik ke setiap tingkat untuk mengenalpasti bilik kami yang sepatutnya. Kami juga takut untuk naik lif apabila hanya berdua kerana takut tersesat dan kami sanggup menaiki tangga untuk sampai ke bilik persidangan yang menjadi tempat program dijalankan.
Ramai yang mengatakan kami budak kecil kerana saiz kami yang paling kecil di situ dan mereka seringkali terkeliru nama di antara aku dan dia. Nasib kami pula mampu membuatkan sesiapa yang mendengar ceritera kami tergelak. Kami telah diberikan 2 helai baju program setiap seorang tetapi bersaiz ‘L’. Ketika program berjalan, kami terpaksa menggunakan baju tersebut dan kami seolah-olah memakai ‘mini dress’ pula. Hahaha. Alangkah kerdilnya kami rasakan ketika itu.
Namun aku masih boleh dibezakan dengan dia. Ibu angkat kami dalam program itu terang-terangan menasihatkan aku seorang sahaja supaya belajar baik-baik dan supaya tidak nakal-nakal. Alamak, walaupan baru pertama kali berjumpa tetapi beliau seperti sudah sedia maklum akan sikapku yang berbeza sekali dengan si dia. Mungkin sifatku yang suka berceloteh itu telah menarik perhatian ibu angkat kami itu dan beliau bimbang aku tidak akan menumpukan perhatian semasa program dijalankan. Aku hanya mampu mengangguk sambil tersenyum kelucuan. Si dia pula hanya diucapkan tahniah kerana terpilih dan dinasihatkan supaya menimba sebanyak mana pengalaman dan ilmu semasa di situ sama seperti kawan-kawanku yang dua orang lagi. Awal-awal lagi aku sudah dicop sebagai budak nakal jika dibandingkan dengan si dia. Masalah betul...
Pelbagai cerita kami luahkan, pelbagai kisah kami ungkapkan sehinggalah hari terakhir di mana kami saling bertukar nombor telefon untuk terus berhubung.
Ku sangkakan hanya sampai di situ perhubungan kami, sama seperti kisahku yang sebelum ini di mana selepas setiap program kami saling berjanji untuk berhubung tetapi lama kelamaan janji itu akan dilupakan tetapi jangkaan ku ternyata silap. Kisah aku dan dia diteruskan...






Edisi 2 Kisah Aku dan Dia
Melangkah masuk ke tingkatan lima merupakan detik yang sungguh mendebarkan. Pada tahun itulah arah tuju kehidupanku akan ditentukan.Dengan jadual yang semakin padat ditambah lagi dengan tugas sebagai pengawas sekolah membataskan masa ku untuk keluar dan berhubung dengan si dia. Sesekali bertemu juga kami di bandar dan senyuman serta sapaan ringkas menjadi mukadimah pertemuan singkat itu.
Program itu sekali lagi telah dijalankan tetapi pada kali itu kami hadir dengan imej sebagai senior kepada peserta-peserta baru. Wah...bangga juga ketika diumumkan sebagai pelajar senior.
Kehadiran temanku menjadikan kami terpaksa tinggal di bilik yang berlainan, tidak sama seperti yang lepas. Perkara itu sebaliknya tidak merenggangkan hubungan yang baru bermula sebaliknya merapatkan lagi kami semua. Dia semakin selesa berada di dalam kumpulan kami. Dia sudah mula bergelak ketawa dan berbual mesra dengan semua orang, tidak seperti mula-mula kami berkenalan.
Setelah lama berbual, seperti yang kami jangkakan, dia adalah ‘top student’ di sekolahnya setelah kami menemubual junior dari sekolahnya. Kenyataan itu tidak membuatkan dia sombong sebaliknya dia hanya tersenyum dan menafikannya dengan penuh kelembutan.
Walaupun masa kali itu singkat, hubungan yang terjalin semakin erat. Janji penuh makna dimeteraikan pada kali itu untuk terus berhubung.
Program itu berakhir dengan penuh keceriaan. Aku pulang dengan imej nakal di mata rakan-rakan lama dan baru sementara si dia masih dengan imej lemah lembutnya. Sebelum itu, kami sebagai pelajar senior melaksanakan tugas kecil yang seharusnya kami laksanakan dengan menberi kata-kata semangat kepada para junior untuk terus berusaha dan mencapai keputusan yang cemerlang sementara mereka semua pula mendoakan kejayaan kami dalam peperiksaan besar yang akan kami hadapi nanti. Ditambah pula dengan episod air mata dan peluk-memeluk...
Hari berganti hari. Borang melanjutkan pelajaran sudah sedia diisi dan dihantar. Si dia sentiasa berhubung dengan kami semasa proses itu. Kami membuat keputusan untuk memohon tempat yang sama untuk meneruskan perjuangan dalam dunia akademik.
Hati kami semakin berdebar-debar menantikan detik-detik terakhir sebelum menamatkan zaman persekolahan iaitu minggu peperiksaan. Usaha yang berlipat kali ganda kami curahkan. Masa yang terluang diisi dengan menelaah dan berbincang dengan rakan-rakan. Penatnya...
Masa yang ditunggu telah sampai. Kertas demi kertas kami hadapi dengan doa dan harapan ahli keluarga. Setiap detik yang berlalu bagaikan sebatang demi sebatang duri yang tercucuk di badan dicabut. Leganya...
Kertas terakhir kami akhiri dengan jeritan kegembiraan dan jamuan perpisahan. Semua orang mengambil masa yang ada untuk berbual panjang dan bergembira beramai-ramai kerana itu mungkin merupakan masa terakhir untuk bertemu. Aku juga tidak ketinggalan. Jamuan perpisahan kami berlangsung dengan penuh keceriaan dan kami mengambil peluang yang tersedia untuk membalas dendam kepada mana-mana rakan yang selalu bertekak dan bergaduh dengan kami sepanjang masa kami di dalam kelas yang sama. Rambut dan mukaku juga kena teruk pada masa itu...
Si dia sempat mengutuskan khabar mengenai keadaannya yang sama sepeti kami semua pada saat-saat penuh kelegaan itu.
Cuti panjang yang datang tidak membataskan perhubungan di antara aku dan dia. Kami terus berhubung di kala kesunyian. Teman amat diperlukan pada ketika itu untuk mengisi waktu yang sangat panjang...
Penantian kami berakhir dengan pengumuman keputusan peperiksaan. Syukur, keputusan yang ku perolehi setanding dengan apa yang telah ku usahakan walaupun tidaklah sehebat temanku yang lain yang mendapat keputusan terbaik di antara kami semua. Si dia juga mendapat keputusan yang hampir sama denganku dan seperti yang kami selalu jangkakan, dia mendapat keputusan yang terbaik berbanding rakan-rakannya yang lain. Seperti telah dirancangkan pula...
Jodoh pertemuan kami bukan berakhir di situ sahaja. Perjalanan hidup antara aku dan dia masih diteruskan tetapi dalam rencana yang lain pula. Kisah aku dan dia diteruskan lagi...