Sunday, February 6, 2011

Kerna Hati Ini....

Hatiku nekad ...

tetapi kenapa masih terasa sakitnya tatkala sebutir mutiara jernih mengalir keluar dari lubuk mata sahabat ku...



Senekad manakah hatiku pabila ia menangis dalam diam tatkala mendengar bait-bait yang keluar
dari bibir mereka...

Sekuat manakah hatiku pabila ia meraung kesakitan tatkala mendengar rayuan mereka...

Setabah manakah hatiku tatkala melihat wajah-wajah mereka...

Secekal manakah hatiku menghadapi segala rintangan yang bakal menjelma pabila ada insan lain yang menderita kerana hatiku...

Setulus manakah hatiku pabila ku menyatakan bahawa aku bersedia untuk melepaskan segalanya...

Seikhlas manakah aku mampu berbohong di depan mereka...

Selama manakah aku mampu berdiam diri...

Selama manakah aku harus berjuang...

Selama manakah aku harus berkorban...

Pedihnya hati tatkala kepercayaan dan keyakinan yang selama ini ku kutip hilang sekelip mata hanya disebabkan satu...satu... kesilapan lalu...

Ketahuilah, hatiku hanya sebesar hampas padi...




Terlalu halus dan akan diterbangkan angin lalu...

Sayunya hanya aku dan Tuhan sahaja tahu...


Ya Tuhan...tolonglah aku yang dalam kesakitan ini...

Tunjukkanlah jalan yang sebenarnya kepadaku...

Pimpinlah aku ke jalan yang benar...

Berilah aku kekuatan untuk berjalan bersamaMu...

Aku adalah milikMu dan kamu adalah milikku...

Amen.

No comments:

Post a Comment