Nie citer tme boring2 dulu2........
baca la kalo boring gak...
“Mak Teh, tolong ambilkan Ani secawan kopi,” pintaku kepada pembantu rumah yang telah berusia lebih enam puluh tahun itu. Kebiasaannya aku tidak akan mengharapkan hikmatnya untuk melakukan kerja-kerja yang boleh ku lakukan sendiri tetapi ketika ini aku masih sibuk menyiapkan kerja-kerjaku yang telah lama terbelangkalai di dalam komputer ribaku.
“Baiklah, cik Ani.” Dia terus bergegas ke dapur, meninggalkan kerjanya mengelap tembikar-tembikar mama di dalam kabinet.
Mak Teh merupakan satu-satunya orang yang tidak pernah jemu melayan karenah ku. Dia telah berkhidmat di rumahku sejak dua tahun yang lalu, setelah kematian suaminya dalam satu kemalangan ngeri. Hubungan kami amat rapat walaupun usia perkenalan kami tidaklah begitu lama. Kesibukan mama dan papa menjadikan kami bertambah rapat. Semua kisah hidupku berada dalam simpanannya.
Kuteguk kopi yang masih berasap itu. Terasa tekakku puas menikmati kemanisan kopi sambil otakku tak henti-henti memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah yang menghantui benak pemikiranku.
Betapa ku cinta padamu…katakanlah…
Bunyi telefon bimbit merah hati ku mengejutkan aku dari lamunan panjangku.
“Hello, Man. Kenapa call Ani tiba-tiba ni?” Aku menyambutnya mesra.
“Hello sayang. Tengah buat apa tu? Sibuk ke?” Suara romantisnya yang bisa menggoyahkan iman seorang gadis sepertiku menyapa halwa telingaku.
“Bolehlah…tengah buat paperwork untuk dibentangkan esok. Kenapa?”
“Sebenarnya Man nak ajak Ani pergi dinner, please.”
“Alamak, malam ni tak bolehlah Man. Parents Ani nak dinner sama-sama, ada benda nak dibincangkan. Apakata you dinner bersama kami malam ni?”
Satu dengusan kasar melewati deria pendengaranku.
“Man, I’m very sorry. Lain kali kita dinner sama-sama, okay?”
“Tak pelah, orang dah tak sudi keluar dengan kita lagi. Apa boleh buat kan?”
Talian diputuskan. Aku hanya mampu menggeleng kekesalan. Sikap Riezman yang mudah cemburu dan panas baran itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Perubahan drastik pada dirinya amat menggusarkan hatiku.
- Mungkin dia tertekan disebabkan kerjayanya yang tidak menentu itu.
Malam itu selepas makan malam, papa dan mama mengutarakan soalan yang sudah ku duga sejak awal-awal lagi apabila mama tiba-tiba mengarahkan aku menbatalkan semua temujanji ku malam itu.
“Hah, Ani. Macam mana dengan hubungan kamu dan Riezman sekarang?” Papa memulakan bicaranya sambil menghisap cerut yang dinyalakannya.
“Macam tu jugalah papa.” Satu keluhan lemah sahaja mampu ku keluarkan.
“Mama dengar dia dah berhenti kerja, betul ke?”
“Itulah yang Man kata, dia beritahu kat Ani yang dia tidak puas hati dengan majikannya yang selalu mencari kesalahannya.”
“Takkanlah sampai berhenti kerja. So, what is he doing now?” Nada suara dan riak wajah papa jelas menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan alasan yang ku nyatakan itu.
“Dia kata ada syarikat lain yang menawarkan jawatan yang lebih besar kepadanya tapi dia tidak pula bagitahu Ani kat syarikat mana.”
“Don’t take me wrong tapi mama rasa tak sedap hatilah Ani.” Puan Mariani teringatkan reaksi Riezman yang mencurigakan semasa terserempak dengannya di sebuah restoran tempoh hari.
“Mama, please trust me. Kita kan dah setuju untuk bagi Man sedikit masa dan peluang untuk membina kerjayanya.”
“Walau apa-apapun, you have to be very careful sayang. Jangan biarkan mata kamu dikaburi cinta.” Mama mengelus lembut rambutku.
Aku hanya mengangguk lemah.
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiranku ligat memikirkan kata-kata mama dan papa tadi. Ku capai telefon bimbitku. Nama Riezman kutekan.
“Hello, Riezman here. Sorry but I’m busy right now. Please call me later…”
Hancur harapanku apabila panggilanku dijawab oleh peti pesanan suaranya. Geramnya hati ku ini hanya Tuhan sahaja yang tahu kerana bukan kali ini sahaja perkara seperti ini terjadi. Kucapai kunci keretaku.
Rumah teres dua tingkat itu kelihatan sunyi sekali. Kutekan loceng berkali-kali tetapi masih tiada sebarang respon dari dalam rumah.
Tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk mencari Riezman di sebuah kelab malam yang selalu menjadi kunjungannya. Kupecutkan keretaku menuju ke situ.
Dugaanku memang berasas apabila aku terpandang kereta waja hitam berkilat miliknya yang diparkir di luar kelab itu.
Kakiku terus melangkah laju ke dalam kelab yang sesak dengan orang itu.
Pandanganku tertancap ke arah sekumpulan pemuda pemudi yang masih hanyut dibuai muzik rancak di lantai tarian.
Perasaan marahku menbuak-buak. Kakiku terus melangkah laju ke arah mereka.
“Man, what are you doing here?” Aku terpaksa menjerit untuk melawan suasana bingit yang bisa memekakkan telinga itu.
“So, Ani. What are you doing here instead? Takkanlah you pun nak enjoy?” Senyuman sinisnya membakar jiwaku yang sudah sedia terbakar itu. Kata-kata Riezman itu disambut oleh gelak tawa teman-temannya.
“Siapa perempuan ni?” Jari telunjukku terarah gadis yang masih berada dalam pelukannya itu.
“May I introduce to you my sweetheart, Zetty.” Mataku yang dikelabui amarah membuatkan telapak tanganku pantas singgah ke muka Riezman.
Aku terus melangkah pergi meninggalkan Riezman dan teman-temannya yang masih terkejut dengan tindakanku tadi.
Kereta yang kupandu terus memecut dalam kegelapan malam.
Tiba-tiba keretaku dipintas oleh dua buah kereta. Pedal brek tepaksa kutekan dengan mengejut sehingga aku hampir mencium dashboard.
Hatiku berdetak dengan kencang. Beberapa orang lelaki keluar dari kereta lalu membuka pintu keretaku.
Rambutku ditarik dengan kasar. Kesakitan yang mencucuk itu membuatkan kau menjerit. Salah seorang daripada lelaki-lelaki itu menampar pipiku.
Terasa ada bendalir masin mengalir dari hujung bibirku.
Aku terus berusaha melawan tetapi kudratku tidak standing kekuatan mereka.
Tiba-tiba aku merasa satu hentakan di belakang tengkukku. Pandanganku kabur dan aku terus tidak sedarkan diri.
Aku cuba membuka mataku tetapi pandanganku berpinar-pinar. Kepalaku terasa amat berat sekali. Aku terdengar samar-samar suara orang di sekelilingku.
“Man, bila duit tebusan itu akan sampai?”
“Malam ni. Sabarlah beb. Kita akan menjadi orang kaya baru selepas ini…hahahaha…” Suara itu macam ku pernah dengar.
“Apa kita nak buat dengan perempuan itu?
“Perempuan bodoh itu kita buang ke dalam laut sajalah. Kita bagi makan kat jerung-jerung lapar kat laut tu.”
Mereka semua terus tertawa.
Hatiku dirundum kegelisahan.
Perasaan marah dan benci membuak-buak dalam jiwaku.
“Riezman, kau perlakukan aku seperti seorang perempuan jalanan. Kau manusia hipokrit!” Mulutku pantas menjerit, mengejutkan meraka.
Riezman berjalan ke arah ku. Senyuman sinisnya menyakitkan pandangan mataku.
“Kau tu yang tak sedar diri. Bodoh!” Kepalaku ditujahnya keras.
“Kau tak akan terlepas!”
“Mana kau tahu? Aku sudah terlepas berpuluh-puluh kali dengan pertolongan banyak perempuan-perempuan bodoh macam kau.”
Aku terus meludah mukanya.
Rambutku ditarik dengan kasar.
“Kau tu yang patut sedar diri. Tak lama lagi, kau akan ditemani jerung-jerumg yang kelaparan di dalam laut itu.” Riezman terus melangkah pergi.
- Kau seorang lelaki yang bertopengkan cinta untuk mengaut keuntungan. Cintamu padaku selama ini rupanya palsu semata-mata.
Wang tebusan telah mereka terima seperti yang dirancangkan.
Benarlah kata orang, kalau seseorang itu sudah memulakan langkahnya dengan kejahatan, orang itu tidak akan berubah dalam sekelip mata.
Aku kemudiannya dibawa dalam sebuah bot menuju ke tengah lautan luas.
- Oh Tuhan, tolonglah hambamu yang lemah dan tidak berdaya ini.
…….
“Itu sahaja yang Ayu mampu ingat mak cik, pak cik.” Air mataku laju membasahi pipiku.
“Sudahlah tu Ayu, jangan salahkan diri Ayu selamanya. Semua yang telah terjadi ada hikmahnya.” Mak Tam mengusap lembut kepalaku.
Sudah sebulan aku terdampar di kampung nelayan ini. Setiap hari aku menghitung masa untuk menunggu ingatanku pulih. Aku cuma dapat mengingat peristiwa terakhir yang berlaku ke atas diriku. Semua pengenalan diriku dan keluargaku tidak dapat ku imbas kembali.
Banyak perkara telah kupelajari setelah tinggal di sini. Kehidupan di sini banyak mengajarku bahawa walaupun hidup dalam serba kekurangan, kita masih dapat meneruskan kehidupan dengan puas hati asalkan adanya kemahuan dan semangat.
“Ayu, lekaslah. Nanti terlambat pula.” Mak Tam menjerit memanggilku yang masih terkial-kial mencari beg tanganku.
Mak Tam dan Pak Oni ialah insan yang telah kuanggap seperti orang tua ku sendiri.
Mereka juga telah menganggapku seperti anak mereka sendiri. Aku dipanggilnya Ayu sempena nama anak mereka yang telah setahun meninggalkan dunia ini dalam satu kemalangan.
“Sekejap mak cik, Ayu nak kunci pintu ni dulu.”
Kami berjalan menyusuri pantai menuju ke dewan besar Kampung Pengkalan itu.
Penduduk kampung telah memenuhi dewan ketika kami tiba.
Satu perjumpaan dengan Pegawai Daerah akan diadakan secara besar-besaran hari ini untuk membincangkan masalah penduduk.
Entah kenapa hatiku terasa berdebar-debar.
Lututku terasa lemah.
Wajah Pegawai Daerah yang sedang berucap itu kutatapi.
Ada sesuatu yang membuatkan perasaanku terasa seperti telah mengenalinya dalam satu tempoh masa yang cukup lama.
Tiba-tiba kepalaku terasa pening.
Aku terus terjatuh terduduk tetapi sempat disambut oleh Mak Tam.
Selepas itu, aku terus tidak sedarkan diri lagi.
“Mama…mama…” Aku menjerit memanggil mama yang semakin menghilang dari pandanganku.
“Ani,…Ani,…Ani anak mama. Bangun sayang.” Suara yang amat kurindui singgah di cuping telingaku.
“Mama, Riezman…” Suaraku terhenti lalu air mata mula membanjiri mataku lagi.
“Mama tahu sayang…mama tahu.”
Aku terus memeluk erat tubuh mama.
Segala kenangan lalu mula menjelma kembali ke dalam ingatanku.
Aku juga sudah kembali ke kehidupan asalku.
Satu tekad kusematkan dalam diriku untuk melupakan segala kenangan silamku bersama-sama insan yang telah memusnahkan kepercayaanku terhadap cinta.
Insan itu telah menerima pembalasannya. Dia telah ditangkap oleh pihak polis ketika cuba melarikan diri ke luar negara bersama-sama dengan teman wanitanya.
Aku…aku masih mencari apa itu erti cinta sejati.
Aku tahu nun jauh di sana aku akan dipertemukan dengan seorang insan yang akan mengajar aku erti cinta semula.
Sejambak bunga cinta akan ku hadiahkan kepada dirinya.
Kasih berduri yang telah kulalui akan tetap menjadi sejarah hidupku.
Semua itu akan kuganti dengan satu kasih yang sejati.
Aku akan terus pasrah menunggu kerana ku percaya akan kewujudannya.
TAMAT
Thursday, March 10, 2011
Wednesday, February 16, 2011
1st day of real headache in fyp writing 4 tiz sem
wargh..............
D feeling of stress is in d air
Headache is everywhere
Wushssshhh.......................
A really big n strong volcano is on its way...
WATCH OUT!!!!!!!!!!!!!!!!
D feeling of stress is in d air
Headache is everywhere
Wushssshhh.......................
A really big n strong volcano is on its way...
WATCH OUT!!!!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, February 15, 2011
No HarD FeeLinG>:
1 more tme....
Another bad time in my daily life I think...
Huh..........
Feeling a little down...
BUT...
I know where and what went wrong...
BUT...
Still hard to accept it everytime...
BUT...
Have to accept it no matter what...
BUT...
It quite hurts...
BUT...
.....
There's so many more BUTs going on...
Huh////????????
What's going on here??????????
Arghhhh..............
B*******
No hard feeling
BUT
It still hurts...
Another bad time in my daily life I think...
Huh..........
Feeling a little down...
BUT...
I know where and what went wrong...
BUT...
Still hard to accept it everytime...
BUT...
Have to accept it no matter what...
BUT...
It quite hurts...
BUT...
.....
There's so many more BUTs going on...
Huh////????????
What's going on here??????????
Arghhhh..............
B*******
No hard feeling
BUT
It still hurts...
Monday, February 14, 2011
WarGH!!!!!!!!!!!TakUtnYer.........
Suma org gerenti ada pengalaman 1st dalam suma benda kan?
Tme 2 la kita dapat rasa bmacam2 perasaan...
Takut...gementar...nerves...even hepi gle...
Tapi kat cni aku nak ckp sal perasaan takut 2
Orang ckp 1st experience 2 yg byk mengajar kita erti hidup...
Yes...yes...and yes...
Aku stuju sgt2
Tetapi perasaan sebenar tme ko bdepan dengan benda i2 sangat2 blainan...
Takutnya 2.
Nak citer,
ari nie 1st tme pg inteview keje
Dahla sijil xda,ilmu inteview pon xda,info sal company tpt nak minta keje pon xda
Apa lg...blasah j la
Bjudi nasib katakan
Tgg pya tgg,
(makan pon xlalu,duduk pon xslesa,otak pon xfunction)
akhirnya spi turn kmi 4 sekawan
1st wan dolok,then aku,pas2 ros n las skali clen
Masuk2 j trus rasa len...
macam da batu besar hempap pala ko...
sakitnyer!!!!!!!!!!!!
dahla aku pg gali lubang jamban sdr...hehehehe
blk2 ckp sal benda yg sama...ayat tonggang langgang....jari aku mkn pjg ku rasa coz xhbs2 dtarik kat bawah meja 2
HaHaHa...
Boleh2 plak tme dia tya solan las 2 bl aku available tuk msk program management trainee,aku g jwb prancangan aku dlm masa 5 tahun
Lawak2.........hahahaha
Tbakar muka aku kat dalam 2 owh...........
muka pucat gle tme kuar...
Habis j dia tya pa lg blahla cpt...
2la serba sdkt pengalaman aku g inteview yg 1st sejak 22 thn aku hdp kat dunia nie...
nway thanzs 2 ross...clen...n wan coz bagi support kat kawan korg yg gle pya nerves nie
Tme 2 la kita dapat rasa bmacam2 perasaan...
Takut...gementar...nerves...even hepi gle...
Tapi kat cni aku nak ckp sal perasaan takut 2
Orang ckp 1st experience 2 yg byk mengajar kita erti hidup...
Yes...yes...and yes...
Aku stuju sgt2
Tetapi perasaan sebenar tme ko bdepan dengan benda i2 sangat2 blainan...
Takutnya 2.
Nak citer,
ari nie 1st tme pg inteview keje
Dahla sijil xda,ilmu inteview pon xda,info sal company tpt nak minta keje pon xda
Apa lg...blasah j la
Bjudi nasib katakan
Tgg pya tgg,
(makan pon xlalu,duduk pon xslesa,otak pon xfunction)
akhirnya spi turn kmi 4 sekawan
1st wan dolok,then aku,pas2 ros n las skali clen
Masuk2 j trus rasa len...
macam da batu besar hempap pala ko...
sakitnyer!!!!!!!!!!!!
dahla aku pg gali lubang jamban sdr...hehehehe
blk2 ckp sal benda yg sama...ayat tonggang langgang....jari aku mkn pjg ku rasa coz xhbs2 dtarik kat bawah meja 2
HaHaHa...
Boleh2 plak tme dia tya solan las 2 bl aku available tuk msk program management trainee,aku g jwb prancangan aku dlm masa 5 tahun
Lawak2.........hahahaha
Tbakar muka aku kat dalam 2 owh...........
muka pucat gle tme kuar...
Habis j dia tya pa lg blahla cpt...
2la serba sdkt pengalaman aku g inteview yg 1st sejak 22 thn aku hdp kat dunia nie...
nway thanzs 2 ross...clen...n wan coz bagi support kat kawan korg yg gle pya nerves nie
Tuesday, February 8, 2011
SiaPa Aku?
04/04/2010 (Easter Sunday)
Tanggal kelahiran baru seorang insan yang dilahirkan pada awalnya sebagai Julia dan mula dikenali sebagai Jue. Kelahiran baru ini akan mengembalikan Jue kepada Julia yang sebenarnya. Percikan air kudus membuka matanya dan mengejutkannya dari mimpi selama ini. Percikan itu telah meresap jauh ke dalam lubuk hatinya dan membuatkannya terfikir...inikah Julia yang sepatutnya mengikut apa yang telah tertulis?
Siapakah Julia?
Julia...
Seorang insan yang tidak mengambil peduli dunia yang berputar di sekelilingnya.
Seorang insan yang hidup di dalam dunianya sendiri.
Seorang insan yang naïf; kebodohan, kelurusan dan kesabarannya menjadi keistimewaannya.
Sebutir debu di mata orang lain.
Kewujudannya tidak disedari dan kehilangannya tidak ditangisi.
Siapakah pula Jue?
Jue...
Seorang insan yang terlalu sibuk dengan dunia sekelilingnya.
Seorang insan yang hidup untuk orang lain.
Seorang insan yang serba-serbi; berlagak pandai, tegas, keras hati dan nakal menjadi keistimewaannya.
Sebutir batu di mata orang lain.
Kewujudannya dipandang ramai tetapi selalu mengganggu perjalanan dan kehilangannya tidak dicari.
J - Jujurlah pada hatimu
U - Ungkapkanlah rasa hatimu
L - Leburkanlah hatimu
I - Ikhlaskanlah hatimu
A - Akan terungkailah satu rasa
VS
J - Jangan biarkan hatimu disentuh
U - Ungkapkanlah rasa hatimu
E - Emosimu akan terungkap
Tanggal kelahiran baru seorang insan yang dilahirkan pada awalnya sebagai Julia dan mula dikenali sebagai Jue. Kelahiran baru ini akan mengembalikan Jue kepada Julia yang sebenarnya. Percikan air kudus membuka matanya dan mengejutkannya dari mimpi selama ini. Percikan itu telah meresap jauh ke dalam lubuk hatinya dan membuatkannya terfikir...inikah Julia yang sepatutnya mengikut apa yang telah tertulis?
Siapakah Julia?
Julia...
Seorang insan yang tidak mengambil peduli dunia yang berputar di sekelilingnya.
Seorang insan yang hidup di dalam dunianya sendiri.
Seorang insan yang naïf; kebodohan, kelurusan dan kesabarannya menjadi keistimewaannya.
Sebutir debu di mata orang lain.
Kewujudannya tidak disedari dan kehilangannya tidak ditangisi.
Siapakah pula Jue?
Jue...
Seorang insan yang terlalu sibuk dengan dunia sekelilingnya.
Seorang insan yang hidup untuk orang lain.
Seorang insan yang serba-serbi; berlagak pandai, tegas, keras hati dan nakal menjadi keistimewaannya.
Sebutir batu di mata orang lain.
Kewujudannya dipandang ramai tetapi selalu mengganggu perjalanan dan kehilangannya tidak dicari.
J - Jujurlah pada hatimu
U - Ungkapkanlah rasa hatimu
L - Leburkanlah hatimu
I - Ikhlaskanlah hatimu
A - Akan terungkailah satu rasa
VS
J - Jangan biarkan hatimu disentuh
U - Ungkapkanlah rasa hatimu
E - Emosimu akan terungkap
Sunday, February 6, 2011
Kerna Hati Ini....
Hatiku nekad ...
tetapi kenapa masih terasa sakitnya tatkala sebutir mutiara jernih mengalir keluar dari lubuk mata sahabat ku...
Senekad manakah hatiku pabila ia menangis dalam diam tatkala mendengar bait-bait yang keluar
dari bibir mereka...
Sekuat manakah hatiku pabila ia meraung kesakitan tatkala mendengar rayuan mereka...
Setabah manakah hatiku tatkala melihat wajah-wajah mereka...
Secekal manakah hatiku menghadapi segala rintangan yang bakal menjelma pabila ada insan lain yang menderita kerana hatiku...
Setulus manakah hatiku pabila ku menyatakan bahawa aku bersedia untuk melepaskan segalanya...
Seikhlas manakah aku mampu berbohong di depan mereka...
Selama manakah aku mampu berdiam diri...
Selama manakah aku harus berjuang...
Selama manakah aku harus berkorban...
Pedihnya hati tatkala kepercayaan dan keyakinan yang selama ini ku kutip hilang sekelip mata hanya disebabkan satu...satu... kesilapan lalu...
Ketahuilah, hatiku hanya sebesar hampas padi...
Terlalu halus dan akan diterbangkan angin lalu...
Sayunya hanya aku dan Tuhan sahaja tahu...
Ya Tuhan...tolonglah aku yang dalam kesakitan ini...
Tunjukkanlah jalan yang sebenarnya kepadaku...
Pimpinlah aku ke jalan yang benar...
Berilah aku kekuatan untuk berjalan bersamaMu...
Aku adalah milikMu dan kamu adalah milikku...
Amen.
tetapi kenapa masih terasa sakitnya tatkala sebutir mutiara jernih mengalir keluar dari lubuk mata sahabat ku...
Senekad manakah hatiku pabila ia menangis dalam diam tatkala mendengar bait-bait yang keluar
dari bibir mereka...
Sekuat manakah hatiku pabila ia meraung kesakitan tatkala mendengar rayuan mereka...
Setabah manakah hatiku tatkala melihat wajah-wajah mereka...
Secekal manakah hatiku menghadapi segala rintangan yang bakal menjelma pabila ada insan lain yang menderita kerana hatiku...
Setulus manakah hatiku pabila ku menyatakan bahawa aku bersedia untuk melepaskan segalanya...
Seikhlas manakah aku mampu berbohong di depan mereka...
Selama manakah aku mampu berdiam diri...
Selama manakah aku harus berjuang...
Selama manakah aku harus berkorban...
Pedihnya hati tatkala kepercayaan dan keyakinan yang selama ini ku kutip hilang sekelip mata hanya disebabkan satu...satu... kesilapan lalu...
Ketahuilah, hatiku hanya sebesar hampas padi...
Terlalu halus dan akan diterbangkan angin lalu...
Sayunya hanya aku dan Tuhan sahaja tahu...
Ya Tuhan...tolonglah aku yang dalam kesakitan ini...
Tunjukkanlah jalan yang sebenarnya kepadaku...
Pimpinlah aku ke jalan yang benar...
Berilah aku kekuatan untuk berjalan bersamaMu...
Aku adalah milikMu dan kamu adalah milikku...
Amen.
Wednesday, February 2, 2011
Pesanan buat kekasih
Di kala malam mula melabuhkan tirainya,di kala siang mula menyepi,kenangan laludatang danpergi. Angin yang berhembus...lembut menusuk ke tangkai hati lalu membawa kembali alunan indah lalu.................
Pertama kali ketemui dirimu
Hatiku berdetik
Ianya suatu permulaan
Pintu sebuah perhubungan
Pertemuan kedua
Hati saling berbisik
Mata membicarakan kasih
Dua insan saling bicara
Betul kata orang,
Dari mata turun ke hati
Mata bertentang mata
Hati mula berdetak
Kita telah dipertemukan
Pertemuan pertama membangkitkan rasa
Pertemuan kedua ungkapan rasa
Jodoh kita telah tertulis
Kau dan aku...
Bersatu...
Andainya bisa kita menyatu
Berjanjilah pada ku
Kesetiaan dirimu pintaku
Selamanya...
Akanku pahat namamu...
Di jiwa tegal ini
Kerna...
Kita telah dipertemukan
Pertemuan pertama membangkitkan rasa
Pertemuan kedua ungkapan rasa
Jodoh kita telah tertulis
Kau dan aku...
Bersatu...
Alunan indah buatmu kekasih.........
Pertama kali ketemui dirimu
Hatiku berdetik
Ianya suatu permulaan
Pintu sebuah perhubungan
Pertemuan kedua
Hati saling berbisik
Mata membicarakan kasih
Dua insan saling bicara
Betul kata orang,
Dari mata turun ke hati
Mata bertentang mata
Hati mula berdetak
Kita telah dipertemukan
Pertemuan pertama membangkitkan rasa
Pertemuan kedua ungkapan rasa
Jodoh kita telah tertulis
Kau dan aku...
Bersatu...
Andainya bisa kita menyatu
Berjanjilah pada ku
Kesetiaan dirimu pintaku
Selamanya...
Akanku pahat namamu...
Di jiwa tegal ini
Kerna...
Kita telah dipertemukan
Pertemuan pertama membangkitkan rasa
Pertemuan kedua ungkapan rasa
Jodoh kita telah tertulis
Kau dan aku...
Bersatu...
Alunan indah buatmu kekasih.........
Subscribe to:
Posts (Atom)